Motosikal

GAIKINDO 2016: HONDA CBR250RR TERIMA 1,200 UNIT TEMPAHAN DALAM MASA DUA MINGGU!

Kalau sebelum ini asyik tengok Honda CBR250RR di laman web sahaja, semalam krew Mekanika Malaysia dapat melihat jentera itu secara dekat di acara Gaikindo 2016.batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika2

Sedia maklum bahawa pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) telah melakukan debut dunia Honda CBR250RR beberapa minggu lalu.

Seperti dijangka, jentera itu mendapat perhatian ramai peminat motosikal Honda di seluruh dunia. Apa yang pasti, reka bentuk, teknologi dan prestasi telah meletakkan Honda CBR250RR berada dalam satu standard premium berbanding pesaingnya seperti Yamaha R25, terutama di pasaran Indonesia.

batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika11

Pengguna di republik itu bakal menerima jentera tersebut pada November depan. AHM memberitahu bahawa pihaknya telah menerima tempahan sebanyak 1,200 unit Honda CBR250RR hanya dalam tempoh kira-kira dua minggu sahaja.

Honda CBR250RR dikuasakan oleh enjin generasi baru yang kompak. Enjin berkapasiti 250cc dengan sistem penyejukan cecair, empat injap, DOHC dan dua silinder itu menjanjikan prestasi terbaik.

batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika7

Enjin berkenaan dibangunkan hasil kerjasama di antara pasukan jurutera Jepun dan Indonesia, sebelum ia dikeluarkan di kilang AHM di Karawang.

Banyak teknologi telah digunakan bagi menghasilkan enjin kompak tersebut. Antaranya termasuklah meletakkan gear pemacu primer dalam rantai aci, pam minyak di sisi kanan bersepadu dengan enjin dan pam air di kepala silinder seperti yang diaplikasikan pada Honda RC213V.

batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika4

Pasaran Indonesia menerima dua varian Honda CBR250RR iaitu STD (standard) dan ABS. Pilihan warna yang ditawarkan pula ialah merah (Racing Red), kelabu metalik (Anchor Grey Metallic) dan hitam metalik (Mate Gunpowder Black Metallic).

Model tersebut dijangka ditawarkan pada harga RM23,000 bagi versi ABS dan RM21,000 (standard) seunit.

GALERI

batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika1batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika3batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika6batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika9batch_IMG_6Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika8

 

Google ads
Back to top button