Motosikal

GG RETROFITZ TUKAR YAMAHA R25 JADI CAFÉ RACER

Penampilan sporty Yamaha R25 mungkin menarik minat golongan atau mereka yang berjiwa muda. Tetapi, selera orang berbeza-beza. Tidak kurang juga yang meminati rekaan café racer yang evergreen.

Sedar tentang perkembangan itu, pengeluar bodykit custom untuk motosikal, GG Retrofitz telah menghasilkan kit yang mampu menukar sebuah Yamaha R25 menjadi café racer yang cukup bergaya.

Dikenali sebagai GG-Rocket Street, kit yang mudah dipasang itu akan serta-merta mentransformasikan penampilan sporty R25 menjadi jentera dengan gayaan street racer tahun 1960-an.

Malah, kalau dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti sebuah BMW RNinety Racer. Kit tersebut dijual pada harga AS$1,198 (RM4,986) yang akan ditukar dengan kulit asal motosikal, sebuah lampu bulat, bar hendal dan tempat duduk tunggal.

Kit itu juga termasuk pendakap untuk fairing, lampu utama dan adapter pendawaian yang bermakna ia boleh menggunakan metol H4. Lampu belakang pula tidal berubah dan penampilan itu disempurnakan dengan skrin yang diposisikan lebih rendah.

GG Retrofitz menawarkan empat versi berbeza iaitu putih, Podium, Palmae dan Habitat yang akan tiba dengan tambahan harga AS$258 (RM1,074).

Secara lengkapnya, kit GG-Rocket Street terdiri daripada:

  • Cermin utama sifar gravit. GG Retrofitz  menggunakan alat ganti asal yang diambil daripada Yamaha FZR 600 89-90/93-99.
  • Pendakap untuk mengalihkan kedudukan meter
  • Pendakap lampu utama boleh ubah (boleh memuatkan mana-mana lampu bulat bersaiz 7 inci).
  • Pendakat sokongan cermin utama
  • Kowling hadapan
  • Fairing kiri dan kanan
  • Kowling bawah
  • Penutup tangki
  • Kowling belakang
  • Perkakasan cagak badan
  • Berat:6kg. Penjimatan berat: 4kg
Google ads
Back to top button