Motosikal

HONDA VIETNAM LANCAR HONDA WINNER 150!

Honda Vietnam (HVN) hari ini membuat kejutan apabila memperkenalkan model Honda Winner pada acara Vietnam Motorcycle Show 2016 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Ho Chi Minh City.

Honda-Winner-Vietnam-mekanika (3)

Bersaing secara langsung dengan model Yamaha Exiter 150, Honda Winner merupakan motosikal dengan klc tangan pertama yang dihasilkan oleh HVN.

Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin DOHC Honda generasi seterusnya bersesaran 150cc. Enjin yang mampu menjana kuasa maksimum 11.5kW @ 9,000rpm dan tork 13.Nm @ 6,500Nm itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Honda Winner 150 turut dilengkapi lampu utama LED, tayar lebar bersaiz 90/80/17 di depan dan 120/70/17 di belakang.

Honda-Winner-Vietnam-mekanika (2)

Jentera ini juga hadir dengan brek cakera pada kedua-dua rodanya. Dengan tangki berkapasiti 4.5 liter, ia menjanjikan perjalanan lebih jauh. Motosikal itu akan dijual secara rasmi di Vietnam mulai Jun depan.

Winner 150 dilihat sebagai model Honda Supra X 150R yang bakal dilancarkan pasaran Indonesia tidak lama lagi.

Sebelum ini, ada khabar angin bahawa Boon Siew Honda mungkin akan membawa masuk model moped 150cc ke pasaran tempatan untuk bersaing dengan Yamaha Y15ZR. Adakah ini modelnya? Sama-sama kita tunggu…

Google ads
Back to top button