Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT MUAR

Pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) meneruskan pengembangan rangkaiannya ke seluruh negara menerusi pembukaan outlet terbaharunya, Peugeot Muar.

! rinse? After

Peugeot Muar ialah cawangan keempat yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan menjadi salah satu daripada lima outlet Peugeot di Johor. Peugeot Johor Bahru baru dilancarkan bulan lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan outlet Peugeot kepada 32 di seluruh negara.

Pusat 3S yang mempunyai keluasan 13,500 kaki persegi itu dimiliki dan dioperasi oleh pihak Ang Leng Motor Trading Sdn. Bhd. Dibina dengan kos mencecah RM4.5 juta, pusat 3S itu akan memberi khidmat kepada para pelanggan Peugeot di Gerisek, Muar, Pagoh, Panchor, Parit Jawa, Sungai Mati, Tangkak, Bukit Gambir dan Bukit Pasir.

Peugeot-Muar-mekanika (2)

Peugeot Muar dilengkapi dengan lounge dan WiFi percuma. Ia juga mempunyai kemudahan cat dan pemulihan badan kenderaan. Dengan lima ruang penyelenggaraan, pusat 3S itu mampu membaik pulih sehingga 11 unit kenderaan sehari.

“Pada tahun 2013, pasaran kenderaan Eropah di Johor tumbuh sebanyak 17 peratus. Sekali gus menjadikannya pasaran yang penting buat kami. Dengan pengembangan rangkaian jualan dan selepas jualan, serta pengenalan model-model baharu, kami ingin meningkatkan volum jualan pada tahun ini kepada 7,000 unit,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Peugeot-Muar-mekanika (1)

Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, sila layari laman web: http://www.peugeot.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button