Buletin

NISSAN SKYLINE BAKAL DILENGKAPI SISTEM PROPILOT 2.0

Nissan dijangka memperkenalkan model Skyline yang dipasang dengan sistem semi autonomi, ProPilot 2.0 pada musim luruh tahun ini. 

Teknologi bantuan pemandu itu direka untuk memudahkan pemanduan di lebuh raya. Untuk mengaktifkannya, pemandu perlu memasang sistem navigasi dan menentukan laluan yang ingin dilalui. 

Apabila kenderaan masuk ke lebuh raya, mereka akan diberi notifikasi bahawa sistem sudah bersedia dan boleh dioperasi dengan hanya menekan satu butang sahaja. 

Sekali sekala, mereka tidak perlu memegang stereng dan berehat. Namun begitu, pemandu mesti melihat jalan di hadapan dan sedia untuk mengawal kenderaan sekiranya perlu.

Dengan ProPilot 2.0. kereta boleh bergerak sendiri, mengekalkan jarak yang selamat dan memotong kenderaan di hadapan yang dipandu perlahan. 

Apabila hampir dengan simpang keluar jalan yang telah ditetapkan tadi, pemandu akan diberi notifikasi audio dan visual bahawa pemanduan berautonomi itu akan tamat. Pemandu kemudian perlu mengawal kereta sepenuhnya seperti biasa. 

Untuk maklumat, nama Skyline sudah tidak lagi ada kena mengena dengan GT-R. Biarpun begitu, ia masih dihasilkan untuk pasaran Jepun sejak beberapa tahun lalu sebagai versi rebadge model Infiniti G35, G37 dan Q50. 

Ramai peminat tahu tentang Skyline sebagai sebahagian daripada varian GT-R yang dihasilkan sekitar tahun 1990-an.  

Tags
Google ads
Back to top button