Buletin

OLIVER SOLBERG DILARANG SERTAI RALLY ITALIA SARDEGNA GARA-GARA BAPANYA DIJANGKITI COVID-19

Impian buat pemandu muda pasukan Hyundai, Oliver Solberg beraksi di Rally Italia Sardegna pada 3 hingga 6 Jun nanti tidak kesampaian apabila bapa beliau, Petter Solberg disahkan positif Covid-19 pada Isnin yang lalu, Berdasarkan protokal yang dikeluarkan oleh FIA Appendix S Covid-19 kesemua yang terbabit haruslah bebas sepenuhnya dan menjalani tempoh kuarantin termasuklah mereka yang dikategorikan sebagai kontak rapat.

Sungguh pun demikian, Oliver Solberg telah pun membuat ujian Covid-19 pada hari yang sama dan mujur juga beliau didapati negatif dan harus menjalani proses tempoh kuarantin 14 hari di Porto sebaik sahaja tamat perlumbaan rali Portugal minggu sudah.

Cumanya beliau harus akur disebabkan keadaan ini, menyebabkan beliau tidak dapat beraksi dalam perlumbaan berikutnya di Rally Itali Sardegna pada minggu hadapan. Dan yang lebih memalangkan lagi apabila beliau dijadualkan untuk memandu jentera Hyundai i20 Coupe WRC buat kali kedua untuk pusingan kelima dalam kalendar WRC musim ini.

Ternyata perkhabaran ini bukanlah sesuatu yang menggembirankan buat pemandu muda yang memilih Sweden sebagai negara kerakyaaan untuk bertanding walhal bapa beliau berasal dari Norway. Bapa positif Covid-19 dan tidak boleh pula bertanding. Sabar ajalah wahai anak muda.

Menurut Oliver Solberg, fikiran beliau kini terarah terhadap kesihatan bapanya sahaja. Petter Solberg dikhabarkan berada dalam keadaan baik walau pun sedikit demam.

Sungguh pun demikian, Oliver Solberg tampaknya akur dengan situasi semasa dan Covid-19 yang masih lagi menggila terutamanya di sesetengah negara yang pemimpinnya tidak kurang gila juga apabila hanya mahu lockdown di saat saat akhir ketika kes Covid-19 tengah menggila. Eh gila betullah!

“Ianya merupakan sesuatu yang sukat buat masa ini akan tetapi masanya akan tiba jua untuk saya kembali bersama jentera yang hebat, Hyundai i20 Coupe WRC. Kami punya protokal dan undang – undang yang harus dipatuhi demi memastikan virus ini tidak terus merebak,” menurut Oliver Solberg.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FIA, kesemua ahli RedGrey Team (pasukan yang diwakili oleh Oliver Solberg) telah diarahkan untuk menjalani proses ujian saringan dan isolasi ketika ini sehingga tarikh 4 Jun 2021.

BACA : OLIVER SOLBERG BAKAL MEMANDU JENTERA HYUNDAI i20 COUPE WRC

BACA : SOLBERG DAN SUBARU KEMBALI BERGABUNG

Google ads

B K

Back to top button