
PANDU UJI DAN MENANGI ‘DUIT RAYA’ BERSAMA UMW TOYOTA MOTOR SEHINGGA 1 MEI
UMW Toyota Motor mengadakan peraduan Pandu Uji dan Menang Duit sempena bulan Ramadan dan Syawal ini sehingga 1 Mei depan.
Para penggemar jenama Toyota hanya perlu mengunjungi bilik pameran Toyota dan pandu uji mana-mana model jenama berkenaan sekali gus berpeluang memenangi ‘duit raya’.

Setiap pandu uji merupakan penyertaan peraduan untuk memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100 manakala pandu uji dan tempahan yang berjaya pula berpeluang memperoleh ‘duit raya’ RM200.

Sebanyak 30 pemenang akan dipilih menerima ‘duit raya’ setiap minggu.
Dalam pada itu, Toyota akan meneruskan sambutan Bersama Lebih Bermakna pada 16 dan 17 April ini di semua cawangan Toyota di seluruh negara.
Para pelanggan boleh menikmati tawaran bulan puasa henat dan tawaran nilai tambah di mana-mana bilik pameran Toyota.
Untuk keterangan lanjut boleh melayari toyota.com.my
- BACA: JUALAN UMW TOYOTA NAIK 96% PADA JANUARI 2022. VIOS DAN HILUX PALING LARIS
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN KUKUH. BAKAL LANCAR COROLLA CROS HYBRID CKD TAK LAMA LAGI
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR JUAL 8,500 UNIT KERETA TOYOTA DAN LEXUS PADA OKTOBER 2021
- BACA: UMW TOYOTA BUAT PENGUMUMAN PENTING 27 SEPTEMBER DEPAN. BAKAL LANCAR MODEL HIBRID?





