Buletin

PEMEGANG SAHAM TOYOTA MAHU UNDI TENTANG PEMILIHAN TOYODA SEBAGAI PENGARAH LEMBAGA

Sebuah syarikat khidmat nasihat proksi bebas, Glass Lewis, baru-baru ini mencadangkan agar pemegang saham Toyota mengundi menentang pemilihan semula pengerusi Akio Toyoda sebagai pengarah lembaga.

Glass Lewis mendakwa ia akan mencetuskan kebimbangan bahawa pengeluar kereta itu tidak mempunyai lembaga yang cukup bebas atau neutral.

Glass Lewis menegaskan hanya tiga daripada 10 calon lembaga pengarah Toyota semasa boleh dianggap sebagai bebas.

Walau bagaimanapun, Toyota percaya bahawa empat daripada calonnya adalah bebas, termasuk timbalan pengerusi Sumitomo Mitsui Banking, pemberi pinjaman utama Toyota.

Perkara itu disangkal oleh Glass Lewis dan mengklasifikasikannya sebagai “bergabung”.

“Pada pandangan kami, lembaga pengarah tidak mempunyai bilangan pengarah bebas yang mencukupi, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius mengenai keupayaannya untuk melakukan pengawasan  sewajarnya,” kata Glass Lewis.

“Dalam kes ini, kami mengesyorkan agar pemegang saham menyuarakan kebimbangan mereka tentang isu ini.”

Selain itu, syarikat itu juga mencadangkan agar pemegang saham Toyota mengundi menentang pemilihan beberapa calon juruaudit berkanun pada mesyuarat tahunan yang dijadualkan pada 14 Jun.

Google ads
Back to top button