Motosikal

BMW R NINET SCRAMBLER

Pada acara EICMA 2015 di Milan, BMW Motorrad tidak mahu kalah apabila menampilkan BMW R nineT Scrambler. Jika dilihat sekali imbas, model berkenaan seakan sama dengan versi BMW Path 22 yang ditayangkan di Frankfurt Motor Show yang lalu.

bmw-r-ninet-scrambler-mekanika (8)

Tidak pelik sekiranya ia kelihatan identikal. Ini kerana kedua-dua model dibangunkan berasaskan model roadster BMW R nineT.

BMW R nineT Scrambler dilengkapi enjin boxer 1,170cc. Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa mencecah 110hp @ 7,750rpm dan tork setinggi 116Nm @ 6,000 rpm.

bmw-r-ninet-scrambler-mekanika (4)

Kedudukan dua ekzos yang lebih tinggi bersama padanan peredam bunyi memenuhi citarasa klasik Scrambler. Kedudukannya begitu hampir dengan badan sekali gus menyerlahkan penampilan lebih ramping. Lebih mengujakan, ekzos R nineT menghasilkan bunyi yang nyaring.

Malah, konsep  rangka modular BMW R nineT Scrambler membolehkan pemilik melakukan beberapa bentuk ubah suai. Sama ada ditunggang sendirian dengan menanggalkan rangka penumpang atau membawa pembonceng.

bmw-r-ninet-scrambler-mekanika (2)

Model Scrambler berkenaan dilengkapi dengan suspensi fork teleskopik bersama getah dan spring travel 125mm. Suspensi belakang pula didatangkan dengan swingarm Paralever.

BMW R nineT Scrambler hadir bersama roda tuang aloi. Roda hadapan bersaiz 120/70-19 manakala roda belakang 170/60-17.

bmw-r-ninet-scrambler-mekanika (12)

Untuk menghentikan jentera dengan lebih yakin, roda hadapan dipasang angkup 4-piston dan cakera brek bersaiz 320mm. Bahagian belakang pula, tugas berkenaan diserahkan kepada cakera brek tunggal 265mm bersama angkup terapung 2-piston. Tidak lupa, BMW menawarkan ciri ABS sebagai standard.

Dari segi penampilan, kesan klasik boleh ditemui pada warna badan Monolith metallic matt dan pelana dengan kemasan jahitan. Malah, penggunaan lampu hadapan bulat dan speedometer dengan paparan analog menyerlahkan gayaan retro.

bmw-r-ninet-scrambler-mekanika (3)

BMW Motorrad sebenarnya tidak asing dengan dunia scrambler. Pada 1951, BMW R 68 dipamerkan pada International Bicycle and Motorcycle Fair IFMA di Frankfurt. Konsep BMW R 68 sendiri mirip seperti motor perlumbaan yang digunakan oleh legenda Georg “Schorsch” Meier.

bmw-r-ninet-scrambler-mekanika (7)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button