Modifikasi

PROTON SATRIA MIVEC WIRETUCK!

Kereta ini dimiliki oleh Johanez yang juga pemilik Joe Motorsport. Kereta pomen. Dari luar, kereta nampak macam biasa saja. Macam guna enjin 1.3 pekak dengan bodykit Mivec bagai. 

Proton-Satria-4G92-Mivec-Mekanika (4)

Biasanya, Satria power mesti ada intercooler besar rumah pada bampar depan. Bila tak ada intercooler orang anggap tak laju. Bila tak laju je, tak ada intercooler. Apa bingai punya teori. Buka saja bonet depan, nah. Enjinnya berkilat-kilat dan silau mata memandang.

Tidak dapat dinafikan, ruang enjin kereta ini memang cantik. Saya suka betul tengok enjin bay macam ni. Johanez juga suka, sebab itulah sebelum memasukkan enjin Mivec,  keseluruhan firewall dan ruang enjin dicat dengan warna hijau fluorescent.

Proton-Satria-4G92-Mivec-Mekanika (10)

Enjin 4G92 Mivec boleh dikategorikan sebagai rare sekarang. Bukan sebab susah dapat, tapi sebab mahal seperti Uranium dan orang tak berapa nak beli. Kuasanya tak tinggi mana, tapi harganya dekat sama dengan GSR. Dah tentu baik beli enjin turbo. Tapi nak bagi lain sikit, Joe memilih enjin Mivec.

BACA – RANJAU PROTON DAN CABARAN HARI ESOK

BACA – SATRIA DRAG, CONTOH UBAHSUAI EKSTRIM

Pengubahsuaian enjin 1.6 NA sebenarnya untuk dua tujuan. Pertama untuk trek dan sebagai kereta kegunaan harian. Teori paling senang untuk menjadikan kereta memecut lebih cepat ialah kurangkan beratnya. Enjin ini dipasang tanpa bahagian crossmember di bawah. Amacam, ada berani?

Proton-Satria-4G92-Mivec-Mekanika (11)

Bahagian dalaman enjin yang bergerak telah diimbang dan diringankan. Kepala silinder diport dan polish. Apabila enjin dengan blok nipis, sistem penyejukan menjadi lebih kritikal. Joe memasang radiator Koyo jenis aluminium dan saluran penyejukannya melalui hos silikon.

Bahagian enjin memang sangat ringkas kerana komponen yang membebankan enjin tidak dipasangkan. Tidak perlu setereng kuasa atau pendingin hawa. Sebagai peralatan tambahan untuk membolehkan pelarasan minyak dibuat secara manual, pam bahan api Walbro dipasang dan disokong oleh sebuah pelaras Tomei.

Proton-Satria-4G92-Mivec-Mekanika (7)

Sistem ekzos dimulakan dengan manifold aluminium Cusco terus ke paip. Maksudnya tak payah muffler, barulah garing bunyinya. Kotak gear pula ialah stok Mivec 4G92 dengan klac Exedy jenis perlumbaan, keras jangan ceritalah. Kotak gear Mivec memang tinggi permintaannya sebab ia antara kotak gear yang jadi close ratio apabila dikahwinkan dengan enjin turbo Mitsubishi-Proton.

Suspensi kereta trek mestilah cukup keras. Penyerap hentak jenis boleh laras  dengan pillowball mount GAB dipasang. Brek kereta pula ialah yang asal Mivec dengan pad brek Ferodo. Manakala cakeranya dilubang-lubangkan untuk penyejukan yang lebih efisyen.

BACA – SATRIA NEO, WAJAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN

BACA – MODIFIKASI SATRIA GTi-MALAYSIAN MUSCLE

Zaman sebelum kelahiran TE, CE, Regamaster dan Type C dulu, rim Enkei J-Speed memang popular. Sama popular macam rim SprintHart CP035, Enkei RP01, RS Evo dan sewaktu dengannya. Rim 15 inci ini dipasang dengan tayar Dunlop bersaiz 195/50 di segenap sudut.

Apabila tengok bahagian kokpit barulah perasan kereta ini adalah binaan perlumbaan. Tempat duduk kereta ialah Sparco Evo jenis bucket penuh di bahagian pemandu dan Recaro ala-ala SR4 pada penumpang.

Proton-Satria-4G92-Mivec-Mekanika (17)

Papan pemukanya ialah Mirage Mivec dan alatan sokongan perlumbaan termasuklah meter RPM APEXi yang besar di tengah kolum stereng, pivot speed meter, APEXi RSM, stereng Momo dan gearknob Ralliart.

Proton-Satria-4G92-Mivec-Mekanika (2)

Bodykit luar kereta adalah daripada Mirage yang boleh disalin terus sebab body ori Satria model awal memang guna casis Mirage.

[hr]SPESIFIKASI

Model: Proton Satria 1.6 / 1996

Enjin: 4G92 Mivec, full balance, port & polish, Walbro, Tomei regulator, hos silikon, ekzos manifold Cuscom straight piping

Transmisi: 5 kelajuan manual, klac Exedy Racing

Suspensi: GAB boleh laras dengan pillow ball.

Rim: Enkei J-Speed 15 inci

Tayar: Dunlop 195/50/15

Dalaman: Papan pemuka Mirage Mivec, knob Ralliart, stereng Momo, APEXi RPM, RSM, Pivot shiftlight

Luaran: Bodykit Mirage Mivec

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button