Motosikal

DUCATI “PROJECT 1408” DILANCAR ESOK: EDISI TERHAD 500 UNIT & 215HP

Sehari sebelum tirai Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA, Milan Itali dibuka esok, Ducati telah menyiarkan paparan rasmi apa yang mereka gelar “Project 1408”. Ia adalah paparan sebenar daripada teaser awal yang telah diedarkan pada minggu lepas.

Sebagai tuan rumah, Ducati semestinya memilih EICMA sebagai pentas berprestij untuk mengumumkan spesifikasi penuh Project 1408 ini. Namun lebih awal dari itu sumber media permotoran di Eropah sudah mula mendapat maklumat awal.

ducati-1408-1

Ia dibina berdasarkan profil motosikal homolagasi Superleggera 1209 WSBK dengan hanya 500 unit terhad akan dijual. Dikatakan, kuasa yang diperolehi bagi versi ini ialah 215 kuasa kuda. Enjin V-Twin 1408CC? Tidak. Ia masih enjin 1209 Superleggera yang telah menerima penalaan penuh.

Kerangkanya diperbuat dari gentian karbon, rim buatan karbon dengan proses penggurangan berat yang ketara. Ia didakwa cuma seberat 150kg dan jika gosip ini benar, sudah pasti menjadi motor homolagasi paling menarik untuk tahun ini.

 

ducati-1408-4ducati-1408-5 ducati-1408-3 ducati-1408-2 ducati-1408-1

ducati-1408-6 ducati-1408-7 ducati-1408-8 ducati-1408-9 ducati-1408-10

Google ads
Back to top button