" "
Motosikal

RASMI: SYM HUSKY ADV 300 DILANCARKAN – RM23,888

Pasaran motosikal skuter tempatan bertambah meriah kali ini dengan pelancaran SYM Husky ADV 300 yang dijual dengan harga RM23,888.

Skuter gaya urban adventure itu muncul sebagai skuter maxi ketiga dilancarkan di Malaysia bagi tahun 2025 selepas Zontes 368G dan MODA Sporter-S 250. 

Husky ADV 300 itu dikuasakan enjin satu silinder 278cc dengan sistem penyejukan air yang berupaya menghasilkan 25.8hp pada 8,000rpm dan 26Nm pada 6,000rpm. 

Seperti versi 150cc, model ini juga menampilkan kelengkapan terkini antaranya:

  • lampu LED
  • brek cakera dengan ABS
  • traction control
  • suspensi belakang dengan lima tahap pelarasan
  • rim 15-inci depan, 14-inci belakang
  • penghadang angin boleh laras
  • handguard

Menariknya, ketika Husky ADV 150 menawarkan panel meter digital berwarna, versi 300cc ini pula dilengkapi meter TFT selain menawarkan tangki 16L. 

Google ads
Back to top button