
RIDER DELIVERY DEDAH ROTI CANAI SELIT DADAH. POLIS GIAT JEJAK SUSPEK
Sejak semalam, tular gambar dan video seorang penghantar makanan yang kecewa kerana pelanggan mengambil kesempatan menggunakan perkhidmatannya untuk menghantar dadah.
Dalam gambar dikongsi, jelas kelihatan dua plastik lutsinar berisi dadah diletakkan di antara dua keping roti canai yang perlu dihantarnya.
Sedia maklum bahawa perkhidmatan penghantaran makanan semakin popular berikutan negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April depan,
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memberitahu pekerja khidmat penghantaran itu telah menerima pesanan daripada seorang lelaki di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 7 malam. Dia perlu menghantar satu bungkusan kepada penerimanya di Setapak, Kuala Lumpur.
Tetapi, kerana berasa tidak sedap hati, dia telah membuka bungkusan itu ketika berada di Gombak. Selepas dibuka, bungkusan tersebut mengandungi dua keping roti canai dan dua plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja.
Bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku pada dirinya, dia kemudian membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Arifai mengakui pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek. – Astro Awani
- BACA: MATI KERANA TERLAMPAU PENAT BERJALAN KAKI BERATUS KM UNTUK BALIK KAMPUNG
- BACA: PKP FASA 3. KOMPAUN RM1K BUKAN LAGI PILIHAN UTAMA. INDIVIDU DITAHAN TERUS KE MAHKAMAH
- BACA: BERSIAR-SIAR DI PANTAI RISHIKESH, PELANCONG ASING DIDENDA TULIS ‘SAYA MINTA MAAF’ 500 KALI
- BACA: 920KG BERAS MASUK PARIT, ORANG MISKIN KEMPUNAN