Artikel Pilihan

SAKSIKAN BUDAYA MODIFIKASI JEPUN YANG EKSTRIM DAN UNIK (+VIDEO)

Berbeza dengan tempat lain mempunyai kecederungan ataupun minat terhadap sesuatu model yang mendorong kepada modifikasi, warga Jepun pula berminat dalam modifikasi terhadap semua model. Bukan hanya model sport biasa, supercar, hypercar bahkan kenderaan perdagangan seperti lori dan trak pun menjalani proses modifikasi.

Budaya kenderaan di Jepun memang penuh dengan variasi. Tak kira kereta apa pun ia mempunyai pengikutnya sendiri di Jepun dan peminatnya tidak akan malu-malu mengubahsuainya dan menunjukkannya kepada umum.

Sekurang-kurangnya itulah pengalaman yang berjaya ditemui oleh bintang drift New Zealand, Michael Whiddet (juga dikenali dengan nama “Mad Mike”) sewaktu lawatan beliau ke Jepun.

Beliau ingin merasai sendiri keunikan budaya kenderaan di Jepun, bertemu individu-individu menarik yang terlibat dalam dunia modifikasi dan memfilemkannya untuk berkongsi dengan kota semua. Bagus budak ni.

Antara watak penting yang berjaya beliau temui ialah pemilik Liberty Walk, Wataro Kato. Hasil kerja tangan Kato khususnya dalam mengubahsuai Lamborghini telah membuatkan syarikatnya cukup popular di serata dunia. Bayangkan rekaan widebody untuk Lamborghini yang sudah sedia eksotik.

BACA: MINIVAN SUZUKI SPACIA DILANCARKAN DI JEPUN – HARGA BERMULA DARI RM48,400 SEUNIT

Kalau kat sini tergamak tak kita nak hias Lamborghini macam mereka buat? Sekali tengpk dah macam kapal angkasa tetapi pada masa yang sama menarik jugak weh.

Tapi itu baru satu, banyak lagi lokasi yang dikunjungi beliau dalam meneroka dunia modifikasi Jepun yang unik.

Paling kami suka dan jarang ditemui di tempat lain ialah bagaimana mereka mengubah suai lori-lori kecil sehingga menjadi cukup sporty. Ia seolah-olah satu kebanggaan buat mereka menggunakan lori-lori bersaiz food truck yang direndahkan semaksima mungkin.

Lori besar pula dah macam kereta berhias, dua kali tengok macam pesta Deepavali. Silau beb tapi memang kreatif habih.

Kredit redbull.com

Google ads
Back to top button