SAMSUNG GALAXY A9 PRO 2016
Samsung A series yang merupakan range pertengahan telefon pintar Samsung telah bertambah ahli keluarga baru. A9 (2016) merupakan rangkaian telefon pintar dengan skrin paling besar iaitu enam inci dalam keluarga A selepas A8 dilancarkan.
Fokus utama rangkaian baru ini dalah untuk memberi lebih praktikaliti dari segi mobiliti tanpa perlu membawa tab seperti Tab 7. Saiznya mungkin sudah maksimum, namun dengan rekaan yang betul, anda tidak kelihatan aneh bercakap menggunakan telefon pintar ini.
Samsung menyedari tentang perlunya teknologi moden yang menjadikan telefon sebagai nadi kehidupan seharian. Perincian binaan serta spesifikasinya juga mengagumkan (dilihat pada harga) jika dibandingkan dengan model teratas telefon pintar Samsung seperti S7 dan Note 5.
Apa yang anda dapat?
Pemproses chipset Quad Core 1.8 GHz Cortex A72 + Quad Core 1.4 GHz Cortex A53. Dengan kapasiti memori 4GB, ia menjadi model A Series paling tinggi memorinya setakat ini.
Sebelum ini, model ‘facelift’ A7 (5.5 inci) dan A8 (5.7 inci) merupakan yang tertinggi dengan 3GB ram. Jadi di manakah proposisi A9 yang sudah menyamai ram sebuah S7 dan Note 5? Saya kira, tanpa S pen dan ciri-ciri kalis air mungkin?
Menurut Samsung, A9 dibina untuk keperluan gaya hidup moden dengan saiz skrin maksimum tetapi mudah dibawa. Memori binaan dalamnya didatangkan dengan kapasiti 32GB, agak standard dalam industri. Namun ia boleh ditingkatkan dengan slot MicroSD sehingga 256GB.
Spesifikasi menarik yang lain ialah skrin 6 inci definisi tinggi (GD) Super Amoled, trademark Samsung. Bukan itu sahaja, ia dipasang dengan bateri Lithium-ion binaan dalam berkapasiti 5,000mAH. Sebagai perbandingan, bateri paling besar dalam A Series sebelum ini ialah A5 (2016) dengan 3,300mAH.
Kamera utama dengan bukaan aperatur f1.9 dan resolusi 16MP nyata sepadan dengan kamera depan f1.9. Ia memberi banyak kelebihan ketika digunakaan dalam keadaan kurang cahaya. Tidak dinafikan, kamera telefon moden semakin menghampiri teknologi sebuah DSLR.
A9 (2016) ini didatangkan dengan pilihan warna hitam, putih dan emas. Ia dijual pada harga RM1,999 seunit termasuk GST.
Galaxy A9 Pro (2016) | |
Rekaan | Metal + Glass |
Paparan | 6.0’’ FHD (1920×1080) Super AMOLED |
Dimensi | 161.7mm x 80.9mm x 7.9mm |
Bezel: 2.7 mm | |
Berat | 210g |
Rangkaian | LTE Cat.6 |
Chipset | Quad Core 1.8 GHz Cortex A72 + Quad Core 1.4 GHz Cortex A53 |
Video | MP4,M4V,3GP,3G2,WMV,ASF,AVI,FLV,MKV,WEBM |
Audio | MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA |
Memori | 4GB RAM + 32GB storan |
microSD slot (sehingga 256GB) | |
Kamera | 16 MP Kamera belakang OIS (f/1.9) dengan Flash LED |
8 MP Kamera depan (f/1.9) | |
Fungsi Pelancar pantas | |
Bateri | 5,000 mAh |
Pengecas | Fast Charging |
Keselamatan | Pengesan cap jari |
SIM | Dual SIM |