Motosikal

SCORPION EXO-AT950 – TOPI KELEDAR MODULAR ADVENTURE SERBA BOLEH

Pengeluar topi keledar Scorpion, telah melancarkan model terbaharunya EXO-AT950.

Scorpion-EXO-AT950-modular-adventure-helmet-mekanika (2)

Scorpion EXO-AT950 mendapat perhatian kerana sifatnya yang serba boleh. Sekali gus dapat memenuhi apa jua keperluan tunggangan anda. Topi keledar empat dalam satu itu hadir dengan pelindung muka bersaiz besar untuk memberikan pandangan terbaik.

Pelindung tersebut menggunakan lensa Everclear sifar kabus yang boleh dibuka dengan mudah. Ini bagi membolehkan penunggang memakai goggle jika hendak menungggng di laluan off-road.

Scorpion-EXO-AT950-modular-adventure-helmet-mekanika (1)

Visor bahagian atasnya juga boleh dicabut daripada pelindung muka. Maka, Scorpion EXO-AT950 boleh kelihatan seperti sebuah topi keledar kasual. Lebih menarik lagi, topi keledar tersebut memiliki rekaan modular yang memberi kualiti penyejukan lebih baik kepada pemakainya.

Ia hadir dengan warna solid iaitu hitam matte, kelabu (Matte Anthracite) dan perak (Hyper Silver). Manakala grafik Neocon juga boleh didapati menerusi pilihan Hi-Vis Neon, oren terang dan perak. Semua varian itu ditawarkan dengan saiz XS hingga 3XL.

Scorpion-EXO-AT950-modular-adventure-helmet-mekanika (5)

Scorpion adventure lid didatangkan dalam tiga saiz kerangka yang diperbuat daripada polikarbonat termaju LG. Kemasan dalamannya terdiri daripada EPS, lapisan KwikWick II anti kuman dan pad pada bahagian pipi.

Scorpion-EXO-AT950-modular-adventure-helmet-mekanika (3)

Di pasaran Amerika Syarikat, harga topi keledar itu bermula AS$270 (RM1,105) untuk warna solid dan AS$290 (RM1,186) bagi versi grafik Neocon.

Google ads
Back to top button