Motosikal

PRODUKSI KAWASAKI W800 DITAMATKAN TAHUN DEPAN

Kawasaki baru-baru ini mengumumkan bahawa 2017 merupakan tahun terakhir bagi produksi Kawasaki W800.

Kawasaki-W800-Final-Edition-mekanika (1)

Pengeluaran model retro klasik itu dikatakan terpaksa diberhentikan kerana piawaian standard emisi Euro4 yang semakin ketat. Justeru, harapan untuk melihat rangkaian baharu model tersebut memang tiada lagi.

“W800 ‘Final Edition’ menandakan berakhirnya satu era ikonik siri motosikal empat lejang vertical twin W,” kata Kawasaki. Sejarah Kawasaki W800 bermula apabila Kawasaki W1 dikeluarkan buat pertama kali pada tahun 1966.

Kawasaki-W800-Final-Edition-mekanika (4)

Pengguna di seluruh dunia melihat perkembangan ini sebagai satu langkah yang agak pelik ketika populariti model klasik seperti Triumph Bonneville dan Ducati Scrambler kian memuncak.

Namun begitu, harus faham bawah kos untuk menghasilkan Kawasaki W800 yang mampu memenuhi standard emisi Euro 4 mungkin tidak berbaloi berbanding jumlah jualannya di seluruh dunia.

Kawasaki-W800-Final-Edition-mekanika (3)

Meneliti rangkaian modelnya, Kawasaki dilihat tidak berminat untuk membangunkan model-model retro. Apa yang ada cuma barisan jentera cruiser Vulcan. Sebaliknya, motosikal Kawasaki kini lebih terarah kepada model moden yang tampil garang.

Google ads
Back to top button