Motosikal

MODENAS DEDAH GAMBAR TEASER KRISS MR2

Pengeluar motosikal tempatan, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) hari ini menunjukkan teaser motosikal terbaharu di laman Facebook miliknya.

Dikenali sebagai Modenas Kriss MR2, kapcai itu akan menggantikan motosikal rakyat (MR1) yang mula dijual sejak tahun 2011. MR1 mendapat sambutan hangat daripada pengguna tempatan kerana harganya yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM3,300 (termasuk insurans).

Berbalik kepada MR2, harganya dijangka tidak banyak berubah. Kami menggangarkan harga MR2 adalah sekitar RM3,000 hingga RM3,500 seunit. Dengan harga ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa MR2 ialah antara kapcai paling murah yang boleh anda dapati di pasaran.

MR2 dikhabar bakal menggunakan enjin bersesaran 110cc yang dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan. Dari segi rekaan pula, ia ada sedikit kelihatan seperti Yamaha Lagenda.

MR2 dijadual dilancarkan secara rasmi pada 6 April 2017 di Glenmarie Shah Alam, Selangor.Krew Mekanika akan melaporkan perincian MR2 sebaik sahaja ia dilancarkan kelak. Jadi, tunggu saja lah…

BACA: BENARKAH MODENAS 250 SKUTER PALING BERBALOI DIMILIKI?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button