BOSCH Mrec – Desktop
Motosikal

APRILIA TUONO V4 1100 FACTORY 2019 – RM91.3K, DILENGKAPI SUSPENSI OHLINS SMART EC2.0

SHARE

Aprilia baru-baru ini memperkenalkan model superbike Aprilia Tuono V4 1100 yang sarat dengan pelbagai teknologi terkini ke pasaran UK. 

Perubahan paling ketara pastinya penggunaan suspensi semi aktif daripada Ohlins Smart EC 2.0 yang menawarkan dua mode tunggangan iaitu semi-active dan manual. 

Dalam mode semi-active, sistem elektronik motosikal akan membantu penunggangan dalam semua segi.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Ia akan sentiasa menilai maklum balas daripad suspensi hadapan dan belakang. Selain input penunggang ke atas pendikit dan brek, sebelum mengubah suai maklum balas itu sewajarnya. 

Sementara model manual pula membolehkan anda membuat talaan sendri dan menyahaktifkan ciri yang mereka tidak perlukan. Mode itu hadir dengan tiga set parameter dan menyahaktifkan ‘ambil alih’ daripada mode semi-active. 

Talaan tunggangan seperti Track, Sport dan Road mengubah suai suspensi untuk disesuaikan dengan prestasi yang diperlukan.

Satu lagi ciri yang perlu anda tahu ialah Object Based Tuning Interface (OBTi). Paparan skrin warna bersaiz 4.3 inci itu membolehkan lebih banyak tetapan dibuat. 

Penukaran dua mode itu boleh dilakukan dengan mudah menerusi satu butang sahaja. 

Selain itu, Aprilia juga mengekalkan rangkaian teknologi bantuan penunggangan Aprilia Performance Ride Control (APRC).

APRC merangkumi bi-directional quickshifter, cornering ABS, kawalan cengkaman lapan peringkat, anti-lift, Launch Control, pit lane limiter, cruise control dan wheelie control. 

Aprilia Tuono V4 1100 menggunakan khidmat enjin bersesaran 1,077cc yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 175bhp dan tork 121Nm. 

Jentera yang menerima skim warna sedikit berbeza itu dijangka dijual pada harga £16,999 (RM91,300) seunit.  

Tags
Google ads
Back to top button