Buletin

SUSPEK KES SAMUN JUAL RANTAI EMAS MANGSA UNTUK BELI ‘COVER SET’ MOTOSIKAL

Seorang pengawal keselamatan diberkas polis akibat menyamun rantai emas milik seorang pemandu peribadi untuk membeli ‘cover set’ motosikal dalam kejadian di Jalan Tasek Tambahan, Ampang.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari melibatkan mangsa yang juga seorang pemandu peribadi berumur lingkungan 54 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, siasatan mendapati mangsa disamun ketika sedang memandu bersendirian.

Suspek, berumur 30 tahun, menunggang motosikal jenis Honda EX5 bertindak menghimpit kereta jenis BMW yang dipandu mangsa lalu menumbuk cermin sebelah pemandu sebelum meragut rantai emas.

“Anggaran kerugian dialami mangsa berjumlah RM3,000,” katanya.

Antara barangan lain dirampas ialah pakaian, topi keledar, dokumen resit pajak gadai, seutas rantai emas, alat kawalan jauh motosikal serta sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun keseksaan iaitu melakukan kesalahan rompak atau samun. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 14 tahun atau sebatan. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button