Motosikal

VOLKSWAGEN GROUP AKAN JUAL DUCATI?

Beberapa tahun sebelum ini, kita melihat, Volkswagen Group galak membeli jenama automotif terkenal. Kini, gergasi automotif dari Jerman itu memiliki 12 jenama yang merangkumi motosikal, kereta dan trak tugas berat.

DUCATI DIAVEL 2015 - RM109,888

Baru-baru ini, timbul khabar angin yang menyatakan kemungkinan Volkswagen Group akan menjual beberapa jenama di bawah naungannya. Antara jenama yang disebut-sebut ialah Ducati, selain trak Scania dan MAN.

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh Bloomberg, penganalisis menjelaskan bahawa jenama yang begitu banyak dalam portfolio Volkswagen Group membuatkan situasi kewangan syarikat itu kurang memberangsangkan. Apatah lagi beberapa jenama itu tidak menyumbang dari segi keuntungan.

Ducati-Monster-821-mekanika (4)

Syarikat Jerman itu juga disifatkan lambat dalam mengadaptasi perubahan. Masalah birokrasi dilihat akan memberi kesan kepada para pekerjanya. Volkswagen Group mempunyai jumlah kakitangan yang ramai di seluruh dunia. Ia kini dilihat sedang menjalankan proses penstrukturan semula.

Daripada membuang pekerja dan menutup kilang yang boleh menyebabkannya membayar jumlah panelti yang tinggi, Volkswagen Group sebaliknya lebih cenderung untuk menjual terus jenama terbabit.
Apa yang pasti, syarikat iu akan melaksanakan strategi bersepadu, fokus kepada satu pasukan pengurusan dan mengurangkan perbelanjaan. Ia juga sedang menimbangkan untuk menjual salah satu unit perniagaan alat gantinya.

Ducati-1199-Panigale-Championship-Edition-Mekanika (5)

Langkah itu pernah dilaksanakan dengan jayanya oleh General Motor (GM) dan Ford Motor Company.

Biarpun begitu, Volkswagen Group dikatakan tidak akan menjual kepentingannya terlalu cepat. Memandangkan pemegang saham kedua terbesarnya, tidak mahu melihat pegangan jenama  Volkswagen Group mengecil.

Google ads
Back to top button