Motosikal

SUZUKI DAFTAR NAMA GSX-8T, GSX-8TT, SPORT-TOURER TERBARU DARI HAMAMATSU?

Suzuki bakal memperkembangkan tawaran motosikal kelas pertengahan (middleweight) menerusi GSX-8T dan GSX-8TT berdasarkan pendaftaran terbaru yang telah dibuat di Amerika Syarikat. 

Menurut laporan Dennis Chung dari Motorcycle.com, Suzuki telah mendaftarkan nama GSX-8T dan GSX-8TT  California Air Resources Board (CARB) sekaligus menandakan kemunculan model baharu tidak lama lagi. 

*enjin parallel-twin 776cc

Pendaftaran di CARB itu menyatakan bahawa kedua-dua model itu  disenaraikan bersama model sedia ada termasuk GSX-8R, GSX-8S dan V-Strom 800. Dokumen tersebut turut mengesahkan bahawa GSX-8T dan GSX-8TT akan turut dipacu enjin parallel-twn 776cc yang sama.

*Suzuki GSX-8R

Ini bermakna, kedua-dua model akan datang itu akan turut menawarkan 81.8hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm. 

*Suzuki GSX-S1000GT

Dalam pada itu, kami berasakan GSX-8T dan GSX-8TT merupakan motosikal jenis sport-touring seperti GSX-S1000GX atau GSX-S1000GT. 

Walaupun tarikh pelancaran rasmi kedua-dua model ini belum diketahui namun kami yakin Suzuki akan mendedahkan model baharu ini di EICMA, November ini. 

Google ads
Back to top button