Motosikal

SUZUKI DEDAH MODEL REPLIKA MOTOGP GSX-R1000 BAHARU

Suzuki telah mendedahkan pelekat (livery) baharu dan jentera MotoGP bagi musim perlumbaan 2018.

Replika skim warna terbaharu itu diserlahkan pada model GSX-R1000R dan  GSX-R1000 pada sesi ujian di Litar Antarabangsa Sepang.

Livery tersebut merupakan evolusi kepada warna biru bersama perkataan Suzuki yang sememangnya cukup menarik perhatian sejak dahulu lagi. Berbeza dengan pelekat sebelum ini, Suzuki menggunakan kemasan warna hitam dan bukannya kuning.

Apa persamaan di antara model produksi dengan jentera lumba GSX-RR yang akan ditunggang oleh pelumba Andrea Iannone dan Alex Rins itu? Tidak terhad kepada skim cat dan pelekat, GSX-R1000 sebenarnya turut menggunakan teknologi VVT seperti yang ada pada model prototaip.

Teknologi tersebut memastikan enjin mampu menghasilkan kuasa tork sebaiknya ketika dalam julat putaran rendah dan sederhana.

Teknologi dan kepakaran Suzuki dalam MotoGP juga digunakan menerusi rangkaian sistem elektronik yang boleh dilihat pada GSX-R1000R. Ia terdiri daripada sistem kawalan cengkaman yang sensitif dengan sudut condong, brek ABS ketika mengambil selekoh, quickshifter dua arah dan auto-blipper.

Dijangka mula berada di pengdar Suzuki di UK, replika MotoGP GSX-R1000R ditawarkan pada harga £16,099 (RM87,770). Manakala GSX-R1000 pula berharga £13,599 (RM74,170) seunit.

Google ads
Back to top button