Motosikal

SUZUKI DEDAH VIDEO ‘TEASER’ KETIGA KATANA – MAIN ACAH-ACAH PULAK

Suzuki dilaporkan telah mendedahkan satu lagi video teaser yang dijangka sebagai model jelmaan semula Katana.

Ini merupakan video ketiga selepas video pertama disiarkan pada 5 September lalu dan yang kedua tidak berapa lama kemudian.

Tidak banyak yang dipamerkan dalam video pertama dan kedua. Sebaliknya, video ketiga mendedahkan reka bentuk tangki model popular tersebut.

BACA: SUZUKI PATEN LOGO DAN NAMA KATANA. ADAKAH INI PETANDA KELAHIRAN SEMULA LAGENDA?

Walaupun hanya beberapa saat, rekaan tangki itu tidak jauh berbeza dengan model GS1100S Katana. Sama seperti rekaan klasik Hans Muth, profail bahagian belakang tangki itu dilihat sedikt tinggi berbanding tangki minyak motosikal lain.

Ia juga tampil dengan garis-garis tajam, di samping tulisan SUZUKI berwarna merah dengan fint yang sama.

Seperti yang dijangka, tiada perincian yang disediakan. Cuma di akhir video itu tertera “Coming Soon, Intermot, 2nd. October.”

Nampaknya, hampir pasti kita semua akan mendapat maklumat terperinci mengenai Katana sebaik sahaja Suzuki menarik tirai jentera tersebut pada acara pameran pemotoran Intermot 2018, awal bulan depan.

Tak sabar rasanya! 

Google ads
Back to top button