
PUSAT 3S GAC BAHARU RASMI DIBUKA DI PULAU PINANG
WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) baru-baru ini telah merasmikan pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu GAC di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Kemudahan terbaharu ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah diakses oleh pemilik kenderaan GAC di rantau utara Malaysia.
Dikendalikan oleh WariTan Automobile Sdn Bhd, pusat 3S ini terletak hanya lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, menjadikannya lokasi strategik bagi pelanggan mendapatkan perkhidmatan automotif yang komprehensif.
Pusat 3S ini menampilkan model terkini GAC dan AION, menawarkan 10 ruang servis lengkap dengan kelengkapan moden, serta dibantu oleh juruteknik bertauliah.

Selain itu, stok alat ganti tulen yang luas turut disediakan bagi memastikan penyelenggaraan serba cekap dan pantas.
Bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan, kemudahan seperti dengan WiFi serta hidangan ringan turut tersedia.
Selain itu, bagi pengguna kenderaan elektrik AION, stesen pengecas 7kW disediakan untuk kemudahan pengecasan semasa menunggu servis.
Showroom seluas 2,045 kaki persegi ini mempamerkan rangkaian penuh model GAC dan AION, beroperasi setiap hari dari jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam pada hari biasa, dan dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang pada hujung minggu serta cuti umum.
Sementara itu, pusat servis yang berkeluasan 5,897 kaki persegi dibuka dari Isnin hingga Sabtu, dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang, dan ditutup pada Ahad serta cuti umum.
Acara Pembukaan Istimewa
Sempena pembukaan pusat baharu ini, pelanggan di Pulau Pinang dijemput untuk menghadiri acara Showroom Opening Weekender pada 22 dan 23 Februari 2025 dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Acara ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat teknologi terkini GAC dan AION seperti GAC Smart Watch yang dipadankan dengan GS3 Emzoom, Fusion Automatic Parking Assist (FAPA), serta pengalaman hiburan dalam kenderaan AION Y Plus.
Bukan itu saja, tetamu yang hadir juga boleh menikmati hadiah eksklusif untuk sesi pandu uji, aktiviti menarik untuk kanak-kanak, serta pelbagai hidangan ringan.
Sementara, pelanggan yang membuat tempahan sepanjang acara ini berpeluang menikmati rebat istimewa menerusi kempen Fuel Your Fortune.
Untuk maklumat lanjut mengenai model CKD GAC GS3 EMZOOM dan kempen Fuel Your Fortune, sila kunjungi pusat pameran GAC terdekat atau layari laman web rasmi GAC Motor Malaysia di https://gacmotor.com.my.
- BACA: SUZUKI GSX-R150 KINI DENGAN WARNA BAHARU – RM13,888
- BACA: SISTEM STERENG ZF STEER-BY-WIRE PADA NIO ET9, TANPA TURUS STERENG!
- BACA: SHELL FUELSAVE DIESEL BAHARU KINI DI SEMENANJUNG, MEMBOLEHKAN PEMANDUAN SEHINGGA 19KM LEBIH JAUH SETIAP TANGKI
- BACA: NINJA VAN MALAYSIA PERKENALKAN NINJA COLD SEMPENA ULANG TAHUN KE-10








