Motosikal

SUZUKI HENTI PENGELUARAN GSX-R1000 DI JEPUN

Selepas 40 tahun, Suzuki membuat keputusan tidak lagi menghasilkan GSX-R1000R di Jepun. 

Perkara itu disahkan menerusi maklumat tertera di laman web rasmi Suzuki Jepun yang menyatakan pengeluaran GSX-R1000 tidak lagi disambung. 

Berita itu bukan lagi satu kejutan selepas Suzuki telah pun menghentikan pengedaran GSX-R1000 di pasaran dunia lain pada 2023. Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini memberi impak besar kerana ini bermakna legasi GSX-R1000 terus terkubur dan tidak lagi akan dihasilkan. 

Perkembangan ini juga menyedihkan bagi pasaran superbike 1000cc Jepun kerana GSX-R1000R merupakan model kedua yang menerima nasib sama selepas Yamaha YZF-R1. 

Bagaimanapun, nasib yang menimpa GSX-R1000 ini telah pun bermula pada tahun 2022 apabila Suzuki mengumumkan penarikan diri dari MotoGP dan EWC. Ketika itu, Suzuki memaklumkan kilang Hamamatsu mahu memfokuskan pembangunan teknologi mampan. 

Ketika itu, ada yang berharap Suzuki akan beralih ke Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) sekaligus meneruskan pembangunan GSX-R1000 namun senario itu tidak berlaku. Setakat ini penglibatan Suzuki di kejuaraan dunia hanyalah menerusi pasukan Yoshimura SERT (yang dikendalikan Suzuki Perancis) di EWC. 

Laman web Suzuki Jepun ketika ini masih lagi menyenaraikan beberapa model GSX-R lain antaranya GSX-8R, GSX-250R, Gixxer 250SF dan GSX-R125. 

Google ads
Back to top button