
SYAWAL IKONIK 2025: PROTON e.MAS 7 BAWA KEGEMBIRAAN AIDILFITRI
Semangat Syawal tahun ini disemarakkan dengan satu inisiatif istimewa daripada PRO-NET, anak syarikat PROTON yang bertanggungjawab terhadap kenderaan tenaga baharu.
Menerusi program Syawal Ikonik 2025, PRO-NET bukan sahaja memperkenalkan Proton e.MAS 7 kepada umum tetapi turut menjadikannya sebagai kenderaan harapan dalam membawa kegembiraan kepada anak-anak Madrasatul Quran Yaakubiyah, USJ 1.
Dalam sebuah konvoi bermakna, sebanyak 10 unit Proton e.MAS 7 digunakan untuk membawa 40 orang anak-anak dari madrasah tersebut ke Jakel Mall Shah Alam.

Di sana, mereka diberi peluang untuk memilih pakaian Raya, di mana setiap seorang menerima satu set lengkap Baju Raya, termasuk sampin dan songkok, sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Seusai membeli-belah, konvoi bergerak ke Centre of Excellence (COE) PROTON, tempat di mana anak-anak ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa khas.
Di sini, mereka bukan sahaja menikmati juadah berbuka tetapi juga berpeluang bertemu dengan barisan pengurusan PROTON serta wakil pengedar Proton e.MAS.
Acara ini diakhiri dengan pemberian duit Raya, satu simbol keikhlasan dan tanda kasih sayang daripada PRO-NET kepada anak-anak Madrasatul Quran Yaakubiyah.

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Pn. Salawati Mohd Yusoff, inisiatif ini bukan sekadar sebuah program tanggungjawab sosial korporat tetapi juga satu peringatan bahawa teknologi dan kemajuan harus seiring dengan usaha memperkukuh hubungan sesama manusia.
“Syawal Ikonik 2025 bukan hanya tentang memberi, tetapi juga berkongsi kegembiraan dan membina hubungan erat dengan komuniti. PRO-NET percaya bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui inovasi teknologi, tetapi juga melalui impak positif yang kami bawa kepada masyarakat.”
“Dapat bersama anak-anak Madrasatul Quran Yaakubiyah dalam detik istimewa ini adalah sesuatu yang amat kami hargai,” katanya.
Saksikan detik-detik bermakna ini menerusi video rasmi Syawal Ikonik 2025 Bersama Proton e.MAS 7 di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?si=TUTUplP_WXShbnKx&v=6smfV-4Eo6Y&feature=youtu.be
- BACA: BHPETROL ANJUR PROGRAM BALIK KAMPUNG RAYA DENGAN SELAMAT – SERAH BEG CENDERAHATI, BAUCAR KEPADA PELANGGAN
- BACA: QJMOTOR AX200S LANCAR DI MALAYSIA MEI INI – 18.1HP, BAWAH RM8K
- BACA: GWM HAVAL H6 HEV: SUV HIBRID DENGAN PAKEJ YANG HAMPIR SEMPURNA
- BACA: AUTO CONNEXION TERIMA PENGHORMATAN GLOBAL ATAS SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT







