Motosikal

MENANG VESPA EDISI TERHAD DI SUNWAY PYRAMID

Sunway Pyramid menjalin kerjasama dengan Kumpulan Naza untuk menawarkankan sebuah Vespa edisi terhad kepada seorang pemenang bertuah sempena tema  ‘Bunga Bunga Raya’ yang bermula sekarang hingga 9 Jun depan.  

Vespa itu lebih istimewa menerima hasil tangan karyawan seni terkenal, Fritilldea.

Pelanggan hanya perlu melengkapkan tiga aktiviti di Orange Concourse Sunway Pyramid, imbas kod QR  untuk muat turun aplikasi mudah alih Sunway Pyramid dan daftar bagi berpeluang memiliki Vespa edisi terhad ini. 

Orange Concourse dihiasi gubahan serta susunan bunga-bungaan yang membolehkan pengunjung mengamati keindahannya merentasi taman dalam bangunan yang unik ini dengan lima aktiviti berbeza, setiap satu daripadanya melambangkan sehelai kelopak bunga raya.

Aktiviti pertama ialah merakam dan kongsi foto  kreatif di laman Instagram atau Facebook di Buaian Bunga-Bunga dan Kawasan Permainan Hopscotch. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Laluan Flora Mekar dan mereka akan menerima sehelai kelopak. 

Pengunjung boleh mengamati taman yang interaktif dan  serlahkan bakat kreatif dengan menghasilkan

pertunjukan bunga. Kelopak bunga yang terakhir diperoleh  dengan merakam gambar di kios foto Laluan Memori Flora.

Bagi mereka yang ingin membawa pulang hadiah atau dekorasi bunga-bungaan sempena musim perayaan ini, pengunjung boleh mengunjungi pasar bunga Fleurs Raya atau mencuba kemahiran seni dan kraf di bengkel-bengkel yang akan dianjurkan di dataran tersebut pada tarikh tertentu. 

Manjakan diri dengan coklat Royce, pelanggan yang berbelanja RM500  (RM400 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam dua resit maksimum boleh menebus sebalang Yankee Candle.

Selamat membeli-belah di Sunway Pyramid!

Tags
Google ads
Back to top button