Buletin

THAILAND TERIMA TOYOTA YARIS VERSI FACELIFT 2023 – KUASA MASIH SAMA, HARGA BERMULA RM72K

Toyota Motor Thailand baru-baru ini mendedahkan Toyota Yaris versi facelift 2023 dengan penampilan lebih mengancam selain terdapat beberapa peningkatan pada ciri keselamatan dan ketersambungan.

Suka diingatkan bahawa Toyota Yaris facelift 2023 ini masih menggunakan platform EFC berbanding model terkini Toyota yang dibina berdasarkan platform baharu.

Jadi, apa kemas kini pada Toyota Yaris facelift 2023?

Toyota Yaris versi facelift ini dikemaskan dengan penggayaan ‘Hammerhead Design’ Toyota meskipun tidak ketara berbanding model Toyota lain namun ia memberi sedikit perwatakan sporty pada Toyota Yaris facelift 2023.

Model ini menerima lampu hadapan LED baharu yang kelihatan sangat sesuai dipadankan dengan bampar manakala gril bawah pula lebih besar dan menonjol. Beralih ke bahagian belakang, Toyota bagaimanapun masih mengekalkan lampu dari model sebelum ini tetapi terdapat perubahan pada rekaan bampar.

Ciri – ciri dalam kabin tidak mempunyai perubahan drastik kecuali varian Premium serta Premium S, didatangkan dengan skrin infotainment bersaiz 9 inci sementara varian Smart bersama model asas Sport masing-masing menerima skrin bersaiz 8 dan 7 inci.

Untuk maklumat, semua skrin kecuali skrin 7 inci mendapat ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Perubahan lain boleh diperhatikan ialah rekaan tempat duduk baharu (fabrik dan kulit) selain adanya port USB-C.

Toyota Yaris berspesifikasi Thailand mengekalkan enjin 1.2-liter 3NR-FKE naturally-aspirated 4-silinder, menghasilkan 91Hp dan tork 109Nm. Seperti sebelum ini, kuasa disalurkan ke gandar hadapan melalui kotak gear automatik CVT.

Ciri keselamatan Toyota Yaris facelift 2023 termasuklah ABS, EBD, VSC, Traction Control, Hill Start Assist, Brake Assist sementara varian Premium dan Premium S masing-masing ditambah beberapa ciri tambahan seperti Pre-Collision System, Lane Departure Alert, Rear Cross Traffic Alert serta Blind Spot Monitor.

Toyota Yaris facelift 2023 sudah tersedia untuk dipesan di Thailand pada harga bermula AS$16,217 (RM72,666).

Google ads
Back to top button