Artikel Pilihan

TIPS: MPV MAMPU MILIK – MITSUBISHI SPACE WAGON

Mitsubishi Space Wagon mungkin satu nama yang jarang kita dengar dan kami tak pelik sebab untuk kategori MPV, nama seperti Toyota Estima, Nissan Serena dan Honda Odyssey lebih dikenali semasa era 90-an dulu.

Model ini sebenarnya tak pernah diimport masuk secara rasmi ke Malaysia (sama juga dengan kesemua model yang kami sebut tadi kecuali Nissan Serena) tetapi dibawa masuk secara “recond” oleh pengimport kereta terpakai.

BACA – MITSUBISHI RVR EVO III

BACA – MITSUBISHI GRANDIS RALLIART

Model yang kami maksudkan ni ialah model generasi keduanya, iaitu keluaran tahun 1991 – 1997 atau. Model ni menggunakan enjin 2000cc 4G63 SOHC 16 injap yang hampir sama dengan apa yang digunakan oleh model Proton Perdana SEi dan didatangkan dengan pilihan kotak gear manual ataupun auto.

Memandangkan ia dipasarkan sebagai MPV, model ni mampu mengangkut sebanyak 7 penumpang dengan 3 baris tempat duduk – cukup sesuai dijadikan kenderaan keluarga.

space-wagon-1

Tapi tak ramai yang tahu yang model ni jugak berkongsi kerangka dengan model Mitsubishi RVR yang didatangkan dengan variasi enjin 4G63 turbo yang sama dengan enjin yang digunakan oleh model Evolution I, II dan III.

Di sinilah sebenarnya daya tarikan model ni kepada mat racing yang terpaksa pencen main kereta sebab keluarga dah semakin besar.

Model asas terpakai Space Wagon dijual di Malaysia pada harga bawah RM20,000, satu harga yang cukup murah untuk sebuah MPV saiz sederhana. Bagaimanapun, memandangkan kereta ni dah agak tua, pembelian haruslah dilakukan secara tunai ataupun anda boleh buat pinjaman peribadi di bank.

Kalau nak laju dan berkuasa tinggi, haruslah half-cut RVR dijadikan pilihan, tak kira samada manual atau auto. Tapi untuk MPV begni, secara peribadi kami mengesyorkan untuk membeli half-cut versi auto.

Kalau sangkut dalam jam masa balik raya takda la nak keluar sumpah seranah berbakul-bakul – anak kecik ada kat belakang tu hmmm… Half-cut ni dijual pada harga yang agak berpatutan, iaitu antara bergantung pada spesifikasi.

Kalau nak lebih kacak, pilihlah half-cut RVR Hyper Sports Gear-R yang datang dengan bodykit yang cukup agresif dan intercooler jenis front mount. Half-cut RVR yang lain kesemuanya datang dengan intercooler jenis top mount dan tak ada bodykit yang istimewa.

Mitsubishi-RVR-mekanika (7)

Bodykit RVR ni boleh dipasang secara plug and play pada badan Space Wagon untuk mengubah rupa kenderaan MPV yang membosankan ni kepada sesuatu yang kelihatan lebih sporty.

Bahagian dalaman, aksesori RVR yang boleh digunakan ialah set lengkap papan pemukanya yang hadir dengan meter berwarna putih. Tempat duduk hadapan pun boleh disalin tetapi memandangkan model RVR direka hanya untuk membawa 5 penumpang, tempat duduk belakangnya tak boleh digunakan.

Kalau bernasib baik, anda boleh dapatkan half-cut Resort Runner GT, iaitu model Space Wagon 7 tempat duduk keluaran terhad di Jepun yang hadir dengan enjin 4G63 turbo dan sistem pacuan empat roda. Bagaimanapun, bilangannya sangat terhad dan kami sendiri tak pernah jumpa half-cut tersebut di sini. Oh ya, bercakap pasal kotak gear, kalau masuk enjin RVR, sistem pacuan empat rodanya terpaksa dikunci tapi ni bukanlah satu perkara yang susah dilakukan. Pada siapa yang pernah main Wira-Evo mesti dah arif bab ni.

Sistem gantungan, brek dan sebagainya boleh disalin terus daripada half-cut RVR dan ini memudahkan kerja naik-taraf kenderaan sebab tak payah susah-susah nak kacuk barang dari kereta lain.

BACA – ESTIMA TCR BEAN

BACA – RB1- SI ODYSSEY JALANAN

Kalau rasa malas nak convert dan beli barang sikit-sikit, tinjauan kami pada laman web jual-beli kereta menemukan aku dengan beberapa Space Wagon yang dah diubahsuai lengkap dengan enjin 4G63 turbo, transmisi automatik dan bodykit lengkap RVR RS dijual pada harga sekitar RM30,000, siap boleh nego lagi.

Jadi, nak beli tak ni?

 

Google ads
Back to top button