Modifikasi

MITSUBISHI RVR JDM EVO 3!

Model tahun 1990-an, SUV apa yang ada? CRV? Jimny? Rav4 atau SUV off-road yang lebih terkenal seperti Land Cruiser dan Pajero?

Mitsubishi-RVR-mekanika (2)

Mitsubishi RVR pasarannya mungkin dalam kategori Pajero Mini. Tetapi apa yang lebih unik ialah konfigurasi 3 pintunya dengan pintu belakang dibuka dengan cara gelungsur macam MPV.

Bayangkan teknologi dan kreatifnya pereka Mitsubishi era itu. Di luar Jepun, ia dianggap aneh. Tapi untuk pasaran JDM, kereta-kereta macam ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Mitsubishi-RVR-mekanika (3)

Di sebuah negara yang tanahnya sangat mahal dan setiap ruang dihargai, idea ini diterjemahkan pada kereta-kereta mereka. Sebab itu kalau nak bandingkan ruang per-liter dengan kereta-kereta bukan Jepun, nescaya kereta Jepun menang dalam segenap segi.

Baiklah, selepas berbelas tahun di pasaran, apa yang boleh diharap pada SUV kecil ini? Apa lagi, modifikasi lah. Seperti kebanyakan kereta Jepun dalam era tersebut,  perkongsian casis adalah benda biasa.

Itu berita baik pada zaman orang nak kereta JDM yang laju. Kereta moden sekarang semua lemau, lembik kemain.

Mitsubishi-RVR-mekanika (9)

Kereta ini bukan sahaja susah nak cari. Malah di Malaysia ia jatuh dalam kategori rare untuk dibeli. Kebanyakan yang pandu dah tak mau jual, simpan untuk anak cucu sebab kalau dijual, nak ganti dengan kereta apa pun tak tau.

Brader yang merupakan pomen RVR/Space Wagon terkenal ini katanya antara yang terawal memiliki kereta ini. Enjin kebangsaaan peminat kereta laju di Malaysia iaitu 4G63 jadi pilihan. enjin daripada half-cut Evo 3 itu boleh dikatakan disalin terus tanpa pengubahsuaian.

Mitsubishi-RVR-mekanika (13)

Beberapa sentuhan kecil dibuat dengan memasang blow-off Blitz dan penapis udara HKS Power Flow. Ruang enjin RVR ngam-ngam masuk 4G63. Enjin ini nampak ‘lega’ sebab asalnya spec tinggi RVR ada intercooler di atas rocker.

Peralatan bolt on lain ialah sepasang cam pulley custom, wastegate Tial 38mm dan set lengkap ekzos N1. ECU asal dipetakan  semula. Satu unit bypass program dibuat dengan memasang Greddy E-Manage.

Mitsubishi-RVR-mekanika (7)

Sistem transmisi di Jepun ialah 4WD. Jadi, salin balik ke RVR adalah jalan selamat sebab casisnya memang direka untuk menerima gandar pacuan belakang. Brader ini kemaskan lagi dengan padanan klac Exedy 4. Sebelum saya lupa, kereta ini rupa-rupanya ada set LSD untuk roda depan dan belakang.

Memang laju kalau enjin 4G63. SUV ini pula kurang berapa ratus kilo lagi. Aspek power to weight ratio boleh kata terbaik juga. Tapi masalahnya bila nisbah berat itu membebankan sistem brek asal.

Mitsubishi-RVR-mekanika (8)

Untuk dapatkan brek yang bagus, set 4 pot depan dan 2 pot belakang dari model GTO digunakan. Set suspensi disalin terus dari model RVR turbo Nihon ney!

Kalau anda suka perhati ruang dalaman kereta Jepun, memang ia seragam ikut era automotif tak kiralah jenama apa pun. Tengok pada papan RVR boleh bagitahu kita garis masa kereta ini dikeluarkan.

Mitsubishi-RVR-mekanika (12)

Tema, kontur dan penggunaan skema warna kelabu satu nada itu sesuatu yang diterima secara menyeluruh dalam industri kereta Jepun. Untuk mencantikkan lagi dalamannya, sepasang kerusi Recaro Evo 2 dipasangkan.

Kerusi belakang pun sebenarnya Recaro versi JDM untuk model RVR Turbo. Akseosri lain yang digunakan ialah boost meter APEXI, Timer HKS dan stereng Evo 4.

Mitsubishi-RVR-mekanika (6)

Bahagian kosmetik adalah salinan terus parts dari RVR turbo. Tak payah nak mengada nak buat lain dari yang lain dengan kit fibre lah, pelik-pelik kau ni.

Tak lama dulu pernah juga saya cari Mercedes oldskool W108. Sekali terjumpa di  Klang dengan bodykit fibre macam nak masuk autoshow. Padahal kereta tu kalau ori bukan mahal lagi sekarang harganya. Tapi depan body fibre dah nampak macam jerangkung, sapa nak beli?

Google ads
Back to top button