Motosikal

TOPI KELEDAR HUD BMW

Pada tahun 2003, BMW menjadi pengeluar pertama di Eropah yang memperkenalkan ciri head-up display (HUD) pada kenderaannya.

BMW-Motorrad-helmet-mekanika-xtra

Kini, BMW Motorrad sedang sibuk membangunkan topi keledar yag memiliki fungsi HUD yang inovatif. Sistem itu membolehkan maklumat tunggangan dipancarkan terus ke pandangan penunggang.

Jadi, penunggang tidak perlu lagi melihat panel instrumen motosikal dan boleh terus fokus ketika menunggang. Boleh diprogram dengan mudah, BMW Motorrad menyatakan hanya maklumat yang relevan sahaja akan dipaparkan.

BMW-Motorrad-helmet-mekanika (8)

Misalnya seperti status teknikal motosikal, tekanan tayar, takat minyak, kelajuan, kedudukan gear, pengecaman papan tanda serta amaran bahaya.

Kamera yang diletakkan di dalam topi keledar ini juga boleh merekod perjalanan. Sementara kamera kedua yang menghadap ke belakang berfungsi sebagai cermin pandang belakang digital kepada penunggang.

BMW-Motorrad-helmet-mekanika (6)

Topi keledar yang dipasang dengan sebuah komputer mini dan unit pembesar suara dikawal menggunakan BMW Motorrad multicontroller pada sebelah kiri hendal motosikal.

BMW Motorrad dikatakan mahu memproduksi teknologi ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Sekali gus dapat menambah pilihan kelengkapan untuk penunggang motosikalnya.

Google ads
Back to top button