Modifikasi

TOYOTA AE92 LEVIN COUPE – KERETA NI DAH HAMPIR PUPUS?

Kereta ini ada satu sahaja kelemahan ketara yang menjadikannya kurang sempurna dan tidak popular. Pacuannya roda hadapan. Bayangkan kalau coupe leper Ini dipacu roda belakang, dah sah-sah harganya tiba-tiba jadi mencarut.

Namun lain pula halnya di Malaysia yang kurang kedapatan kereta-kereta seperti ini,  harganya masih boleh maintain.

Selamat datang kembar SE Limited.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (6)

Dalam hayat kau berapa kali je boleh jumpa kereta ni? Walaupun saya selalu ke Sabah dan terlibat dalam proses menghasilkan majalah modifikasi lebih 10 tahun (ini cerita dulu lah), tetapi tak sampai 5 buah yang pernah saya jumpa.

Rasanya model Corolla wagon lagi senang jumpa berbanding coupe ni. Sama ada tak ramai yang cari ataupun kereta ni memang betul-betul rare dan kurang dibawa masuk.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (3)

Ia merupakan badan yang selalunya menggunakan enjin-enjin power 4AGE atau 4 throttle. Namun, lain pula halnya dengan Levin yang ditemui di Kota Bharu ini. Enjinnya ialah 4AFE iaitu enjin jenis pancitan bahan api yang turut menggerakkan model SEG pemasangan tempatan oleh UMW Toyota. Ia juga berkongsi benda yang sama iaitu lemau.

Baiklah, enjin apa yang patut digantikan pada kereta ni? 4AGE? Boleh, tapi di kala tahun semakin moden ni, harga pasaran half-cut dah makin stabil. Pemiliknya memilih enjin 3SGE daripada  half-cut Celica ST205 yang juga disebut 3S Beams dalam kalangan pengikut Toyota.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (4)

Enjin ini kalau tengok spesifikasinya memang rigkas, masuk pada Vios sedap ni saya rasa. Walaupun berlainan casis, enjin ini sebenarnya berkongsi cagak yang sama.

3S daripada body Celica ni tak banyak perubahan yang dibuat untuk dimuatkan dalam bay Levin. Apa lagi dari seorang mekanik yang mahir dengan selok belok kereta sendiri. Sambil-sambil tukar side mirror kereta customer je pun boleh siap kereta sendiri. Sebelum disalin, bay enjin Levin ini dilayangkan dengan warna grey kilat. Kasi kontras dengan warna head dan manifold berkilat-kilat kau.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (5)

Kepala selinder 3S ini dipasangkan dengan camshaft Toda. Funnel intake itu mendapat satu set lengkap daripada HKS dengan filter honeycomb. Set ekzos kereta ini ialah pakej lengkap dari Toda yang terdiri daripada manifold 4-1, downpipe ke paip bawah seterusnya ke peredam bunyi belakang.

Kotak gear 3S disalin sekali waktu proses pasang enjin dibuat. Ia dibiarkan standard malah klac pun masih elok lagi waktu half-cut ST205 ni belayar ke Tanah Melayu.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (12)

Kereta ni nak kata klasik sangat pun tidak, moden pun tidak. Reka bentuknya  kontemporari dan sebenarnya nak pilih rim tak jadi masalah. Pemiliknya pilih rim Tanabe CST Precedeo 15 inci yang dipadankan dengan tayar Falken bersaiz 195/55r15.

Rim 2 piece ni agak rare juga kalau ikut design, tapi macam sesuai pulak dipadankan dengan body ‘leper’ macam ni. Tengok dari jauh macam Toyota Mark II pun ada.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (8)

Brek asal dibuang dan pemiliknya amat bernasib baik macam mana boleh jumpa set brek Wilwood untuk roda hadapan. Wilwood ini kategori Louis Vuitton dalam bidang brek. Tapi jaga-jaga sebab sekarang segala jenis mak nenek part ayam bersepah dah China bikin.

Pengendalian kereta ni memberi tumpuan kepada aspek keselesaan dan prestasi. Kau nak laju mana sangat di Kota Bharu kereta ada 16 juta atas jalan dan lampu isyarat setiap 30cm. Dengan itu, suspensi kereta ni biasa-biasa sahaja pasang Cusco jenis boleh laras.

Toyota-AE92-Levin-Coupe-mekanika (7)

Ciri-ciri sporty boleh dilihat dengan pemilihan spoiler ducktail daripada Bomex pada hud belakang. Boleh tahan juga bila pasang side mirror Bomex dan padankan dengan warna merah cili. Bahagian dalam pula ada ciri-ciri sporty dengan karpet Caro dan stereng Tom’s.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button