Modifikasi

TOYOTA ALTEZZA TAWAU

Kereta ini mengingatkan saya ketika pertama kali menjejakkan kaki di Brunei Darussalam. Seorang rakan peguam yang bertemu jodoh dengan jurutera minyak di Brunei telah berpindah ke sana. Masa mula-mula berjumpa dengannya, dia baru sahaja membeli sebuah Toyota Altezza. Malangnya kami terputus hubungan akibat telefon bimbit saya rosak. 

Altezza ini sebenarnya milik seorang kawan lain bernama Jack yang tinggal di Tawau. Jack jenis manusia yang bersungguh-sungguh bila masuk bab ubah suai kereta. Orang begini sebenarnya bukan modifikasi kereta nak bagi laju, fokusnya lebih pada keunikan sesebuah kereta.

slider dlm (x)

Maka, projek Jack melibatkan sebuah Toyota Altezza atau Lexus IS200. Ia merupakan Toyota pertama dan terakhir dalam kelas 3 yang berkongsi nama sama. Zaman di mana Toyota Mark X masih dalam pasaran yang berbeza dan Crown Athlete ialah sebuah sedan FR yang masih digemari di Jepun.

Altezza direka oleh Nobouki Katayama. Jurutera sama yang mereka bentuk Toyota AE86. Nampak? Nampak? Nampak tak ‘jiwa’ seorang pereka bentuk kereta yang tulen? Reka bentuk kereta ini mendapat perhatian kerana lampu belakangnya yang lain dari lain. Sebab itulah sampai ke hari ini pun industri akan memberi istilah ‘lampu belakang Altezza’, yang merujuk kepada perumah jenis lampu krom.

DSC_0024

Walaupun selepas berbelas tahun selepas ia diikilangkan, kereta nampak masih segar. Altezza dalam bahasa Itali bermaksud ‘tetinggi’. Ia tidak ada tatu atau garis-garis badan yang tidak tentu arah. Pokoknya, simplicity. Namun begitu, ia menterjemah rekaan yang tidak lapuk, sama seperti AE86. Kalau sekarang anda terjumpa Altezza dengan rim 18 atau 19 inci mesti kepala tertoleh juga kan?

Jack mempunyai idea yang lebih bagus untuk Altezza yang baru dibelinya di pasaran terpakai. Sebaik dapat kereta, enjin 3S-GE empat silindernya digantikan dengan enjin 1JZ-GTE enam sillinder.

DSC_0048

Kedengaran macam susah, tetapi sebenarnya enjin 1JZ mudah dimasukkan kerana kedudukan mounting yang tidak jauh berbeza. Untuk makluman, selain 3S pada model IS200, Altezza model RS200 memang didatangkan dengan enjin 2JZ yang juga sebagai enjin kembar 1JZ. Di Amerika Syarikat, mereka memasang enjin 1UZ V8. Pernah sekali saya jumpa dalam YouTube ada yang guna enjin small block daripada Chevrolet.

Apa yang dibuat oleh Jack ke atas 1JZ adalah mengundurkan sedikit 1.5 inci kedudukan enjin untuk memberi laluan kepada radiator 2 layer aluminium itu. Pada kedudukan asal, radiator terhimpit dengan posisi pulley utama yang tinggal berapa milimiter saja.

DSC_0031

Pasang radiator tebal bukan saja-saja, Jack ada perancangan untuk menaik taraf enjin pada masa akan datang. Jadi asasnya sudah dibuat terlebih dahulu. Jika tidak, tukar turbo besar dengan stroker nanti kena alih balik enjin, memang payah.

Kerumitan kedua adalah untuk menempatkan tuil gear pada kedudukan yang betul. Tambahan lagi, pakai gear box manual pulak. Kedudukan proppler tuil gear yang keluar dalam kolum tengah kokpit kereta sebenarnya dah dekat dengan kelongsong tuil brek tangan. Tetapi ia diubah semula supaya kedudukannya sama seperti asal. Apabila but gear itu dibalut, nampak macam tak ada apa yang berlaku kat sana.  

DSC_0046

Jauh dari pemerhatian orang Semenanjung, beberapa kumpulan kecil di sini sudah mula mempraktikkan stail rim lebar dan terkeluar (kangkang). Kereta ini kalau tengok betul-betul, terperosok ke dalam VR GT-C tu. Konfigurasi enjin FR membolehkan pilihan rim yang banyak.

Rim GTC 18 dipasang dengan tayar 225/40/18. Sementara lebarnya berukuran 8.5 inci di depan dan 9.5 inci (belakang). Kemudian, badannya direndahkan dengan suspensi HKS boleh laras.

DSC_0016

Untuk menjadikan ia lebih sporty, pilihan seterusnya mestilah bodykit. Badan asal memang OK sangat. Jadi, janganlah sekali-sekala tukar bodykit yang tak tentu arah reka bentuknya. Kelak boleh memakan diri.

Jack agak bernasib baik kerana Altezza agak popular di Jepun. Maka ada banyak bodykit half cut yang terbuang merata-rata. Apabila masuk Malaysia pun, bukan ramai yang nak beli. Jack kumpul sikit demi sikit. Jadi dapatlah set lengkap C-One. Bonet depan daripada C One punya yang diperbuat daripada gentian karbon.

[hr] Galeri
Spesifikasi

Model: Toyota Altezza / 2000

Enjin: 1JZ GTE, 2500cc turbo 6 selinder

Transmisi: Manual 5 kelajuan

Suspensi: HKS boleh laras

Brek: OEM

Rim: Volks Racing GT-C

Tayar: Toyo 225/40/18

Luaran: Bodykit C-One complete.

[hr] Galeri

DSC_0021DSC_0011DSC_0014DSC_0019DSC_0026DSC_0027DSC_0038DSC_0039DSC_0037DSC_0040DSC_0041DSC_0042DSC_0044

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button