Buletin

TOYOTA C-HR BY KARL LAGERFIELD. TERHAD 200 UNIT DI THAILAND, BERMULA RM158K

Toyota baru-baru ini memperkenalkan versi C-HR edisi terhad hasil kerjasama dengan ikon fesyen dunia, mendiang Karl Lagerfield. 

Lagerfield yang mengetuai jenama hanel meninggal dunia pada Fabruari 2019. Namun legasinya diterus pada SUV kompak ini.

Hanya untuk pasaran Thailand, Toyota C-HR by Karl Lagerfeld dibangun berasaskan kepada varian paling tinggi, HV Hi hibrid. 

Terhad kepada 200 unit sahaja, jentera itu ditawarkan pada harga bermula 1.2 juta baht (RM158,760) seunit seunit. Ia merupakan penambahan sebanyak 60,000 baht (RM7,918) berbanding varian C-HR HV Hi hibrid biasa di sana. 

Perbezaan ketara dari segi estetik boleh dilihat pada penggunaan warna luaran hitam. Manakala bahagian bumbung, cermin sisi, skirting, spoiler bekalang dan lip bampar hadapan dicat dengan warna putih mutiara. Logo Karl Lagerfield juga boleh didapati pada emblem belakang, pintu belakang dan pemijak kaki. 

Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim aloi bersaiz 17 incir berwarna hitam. 

Tema warna dua tona itu diteruskan ke ruang kabin. Ia dapat dilihat pada tempat duduk dan kemasan papan pemuka, lengkap dengan emblem Karl Lagerfield. 

Model edisi terhad itu masih menggunakan khidmat enjin bersesaran 1.8 liter yang dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 52kW. Kuasa tersebut disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear e-CVT.

Ciri-ciri standard seperti lampu utama LED, sistem kemasukan tanpa kunci, kawalan jelajah adaptif, Rear Cross Traffic Alert (RCTA), kawalan suhu dua zon, paparan kluster instrumen 4.2 indi dan skrin sentuh tujuh inci dikekalkan. 

Selain itu, ia juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan termasuklah lampu tinggi automatik, pemantau titik buta, sistem pra-pelangaran dan banyak lagi. 

Rekaan C-HR by Karl Lagerfeld dipantau oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Karl Lagerfeld, Paolo Righi.

Google ads
Back to top button