Buletin

TOYOTA DAN ROBOT DI TAMAN TEMA MOBILITI DI TMS 2019

Sempena Pameran Kenderaan Tokyo (TMS) 2019 kami telah bawakan kepada anda pelbagai model menarik dan mengujakan. Di dalam artikel yang kami kongsikan, Toyota dan Lexus tampil unik dengan mobiliti (pengangkutan) masa depan.

Sebenarnya apa yang Toyota dan Lexus mahu tunjukkan? Kenapa tidak fokuskan sahaja debut kereta global yang lebih mudah untuk diterima khalayak ramai?

Toyota sebenarnya mempunyai idea tersendiri dan ini boleh dilihat melalui ruang pameran Taman Tema Mobiliti.

Program taman tema tersebut berlangsung selama 12 hari dari 24 Oktober hingga 4 November dengan pelbagai pengisian berkisarkan teknologi mobiliti dan hubungannya dengan manusia.

Di dalam taman tema itu terdapat pelbagai jenis ciptaan seperti robot dan pengangkutan masa depan dan bagaimana Toyota membayangkannya. 

Taman tema tersebut turut dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja yang merupakan pengguna pada masa depan.

Idea Toyota pada masa depan ialah kenderaan akan berpaksi kepada manusia di mana ia seronok untuk dipandu bagi setiap seorang pelanggan dan pelbagai jenis pengangkutan yang dibina mengikut keperluan pelanggan.

Dari idea dan bayangan tersebut maka dibangunkan pelbagai jenis robot, kereta dan mobiliti unik seperti berikut:

  • T-HR3 – Robot yang berinteraksi mengikut pergerakan pengendalinya.

  • HSR – Robot yang pandai mengecam, memegang dan membawa objek.

  • TOYOTA Micro Palette – Robot penghantaran barangan kecil kepada orang tersayang dan menariknya mempunyai perasaan. 

  • e-Palette – Kenderaan autonomi dengan fungsi hiburan dan ruang untuk pengguna menikmati hobi mereka dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

  • TOYOTA e-RACER – Teknologi maya yang boleh menghasilkan suit perlumbaan khas untuk pengguna dan mewakili elemen keseronokan pada masa depan. Melalui cermin mata digital khas, pengguna boleh merasai pengalaman litar lumba dan kerusi mengikut kehendak dan padanan badan sendiri.

  • e-broom – Objek yang selalui ditemui di layar perak. Ia menyatukan manusia dan mesin bagi merasai keseronokan mobiliti.

  • TOYOTA e-Trans – Kenderaan untuk perkhidmatan perkongsian. Sejumlah penumpang boleh duduk dengan selesa sambil membawa sejumlah barangan.

  • TOYOTA e-Chargeair – Dilengkapi sistem pengecasan bateri tanpa wayar untuk kegunaan peranti. Ia juga boleh mengecas kenderaan bateri lain dan berupaya membekalkan elektrik kepada perbandaran. Turut dilengkapi penapis udara dan Wi-Fi.

  • Toyota e-Care – Berupaya menjalankan pemeriksaan perubatan dan membolehkan penumpang bercakap dengan doktor semasa dalam perjalanan ke hospital. Kenderaan ini boleh menuju ke destinasi diperlukan seperti rumah pelanggan atau lokasi lain.

  • Kedai serbaguna Toyota – Selepas menamatkan lawatan ke taman tema, pelawat boleh berkunjung ke kedai ini untuk menukar kad residen mereka dengan cenderamata.

BACA: TMS 2019: TOYOTA DEDAHKAN “MIRAI CONCEPT” GENERASI AKAN DATANG

BACA: TOYOTA COPEN GR SPORT, MISI MENGIDAM BERMULA!!!

BACA: KAMI DI JEPUN DAN DAPAT CUBA TOYOTA RAV4 BAHARU!

Google ads
Back to top button