Artikel Pilihan

TOYOTA GR GT3 KINI MASUKI FASA PEMBANGUNAN – DEMAM GR NI MEMANG DAHSYAT EH

Kejutan demi kejutan datang daripada Toyota. Selepas lama tidur dengan selesa, Toyota kini kembali bangkit dengan barisan model-model sports seperti Supra baharu, 86 generasi kedua, GR Yaris dan GR Corolla (belum dilancarkan lagi) dan terbaru sekali ialah GR GT3 yang kini disahkan memasuki fasa pembangunan.

Kenyataan ini disampaikan sendiri oleh Cooper Ericksen, timbalan presiden kumpulan perancangan produk dan strategi Toyota kepada Motor Trend. Tidak ada butiran lanjut diberikan tetapi jentera ni nampak mirip benar dengan model konsep Mazda RX-Vision yang dipamerkan di Tokyo Motor Show 2015.

Walaupun agak mustahil ia dikuasakan dengan enjin rotary tetapi kemungkinan ia menggunakan enjin sebaris-enam Mazda agak besar. Kira kacukan lah ni kan?

Selain daripada itu, Ericksen turut menyatakan beberapa perancangan untuk sub-jenama GR. Antaranya ialah kemungkinan GR Corolla sedan selain perancangan untuk beberapa produk EV.

Matlamat utama GR ialah keseronokkan pemanduan, ringan dan prestasi seperti di litar. Jadi jika EV mampu memenuhi semua perkara disebutkan tidak mustahil untuk mereka menghasilkan produk GR EV pula selepas ini.

Kredit japanesenostalgiccars.com

Google ads
Back to top button