Buletin

TOYOTA, HONDA SASAR MILIKI 18,000 JURUTERA PERISIAN MENJELANG 2025

Dua pembuat kereta terbesar asal Jepun, Toyota dan Honda, sedang berkira-kira untuk mempunyai 10,000 jurutera perisian dalam usaha mereka bersaing dengan Tesla selain, mencari cara meningkatkan margin keuntungan.

Nikkei melaporkan bahawa Toyota sedang mengadakan program latihan dan berharap mampu melahirkan 18,000 jurutera perisian menjelang 2025.

Strategi tersebut adalah selaras dengan misi syarikat untuk melibatkan diri bersama teknologi baharu bagi model kenderaan akan datang sekali gus mampu mencabar kedudukan pengeluar lain, antaranya Tesla serta pengeluar dari China.

Sebagai contoh, Tesla, tidak begitu aktif mengemas kini kosmetik model keluarannya namun sentiasa mengemas kini atau menambah ciri teknologi baharu untuk menarik perhatian pembeli.

Walau bagaimanapun, perisian teknologi baharu adalah hal sukar bagi pengeluar lama kerana sebelum ini, Volvo serta Volkswagen bergelut untuk kekal relevan di pasaran yang dikuasai perisian baharu atau elektrik.

Maka dengan itu, langkah diambil oleh Toyota dan Honda setidaknya membuatkan pelanggan setia menarik nafas lega kerana pastinya mereka juga tertunggu-tunggu teknologi baharu dimuatkan dalam kenderaan kedua-dua pengeluar gergasi itu.

Google ads
Back to top button