BMW M 1000 R KINI TIBA DI MALAYSIA. 210HP, HARGA BERMULA RM158K
BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan ketibaan jentera BMW M 1000 R baharu untuk pasaran Malaysia.
Perkara pertama perlu di ketahui mengenai jentera ini ialah suspensi serta casis BMW M 1000 R baharu telah diperhalusi agar ia lebih berpaksikan prestasi selain, dilengkapi sisipan kartrij bertutup dan sistem silinder piston hidraulik berasingan.
Selain itu, ciri baharu lain tersedia ialah keupayaan boleh laras tambahan bagi pangkal spring fork, cermin sisi ditempa aluminium, angkup brek M, peredam stering boleh laras, di samping Kawalan Peredam Dinamik (DDC) yang disediakan secara standard.

Jentera ini turut mempunyai sayap lawi M baharu bagi meningkatkan ciri aerodinamik, yang membekalkan daya turun (downforce) tambahan sekali gus meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Perincian lain termasuklah didatangkan bersama skrin paparan TFT 6.5-inci serta kelengkapan standard lain antaranya;
- Titanium ESD
- bateri LiO
- roda tempaan M
- tempat duduk sport M
- rantai M Endurance
- Tunggangan Tanpa Kunci
- spoiler enjin
- penggenggam hangat
- kawalan luncur
- pengantara pengecas USB
- tuil klac M dan tuil brek M
- TFL
- DRC
- Kit penumpang dan pelitup tempat duduk pembonceng
- Shift Assistant Pro
- mod-mod tunggangan Pro
- Kawalan Redaman Dinamik (DDC)

Untuk sistem brek, BMW M 1000 R memiliki cakera brek berkembar 320mm yang dipadankan bersama kaliper brek 4-pot (depan), cakera brek 220mm dengan kaliper 1-pot (belakang) dan mempunyai Brake Slide Assist.
Beralih kepada kuasa, BMW M 1000 R dipacu oleh enjin empat silinder sebaris, berupaya menghasilkan 210hp, tork 113Nm dan menerima transmisi enam-kelajuan.
Untuk rekod, nisbah gear ke-4, ke-5, dan ke-6 telah dijadikan lebih singkat untuk memberi sumbangan dari segi tujahan dan cengkaman pada roda belakang.
BMW M 1000 R boleh dimiliki pada harga RM158,500 termasuk atas jalan tanpa insuran bersama Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.
Dalam pada itu, BMW Motorrad Malaysia menawarkan Pelan Pembiayaan yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia.
Menerusi pelan berkenaan, BMW M 1000 R boleh didapatkan bermula daripada RM1,928 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun).
Para pemilik juga bakal menikmati aneka faedah tambahan menerusi program-program yang terunggul seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai program-program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.
GALERI:












- BACA: BMW MOTORRAD MALAYSIA LANCAR BMW S 1000 RR BAHARU – 4 MOD TUNGGANGAN, 201HP, RM1.5K SEBULAN
- BACA: BMW MOTORRAD LANCAR M 1000 RR 50 YEARS M. HARGA BERMULA RM162,519 SEUNIT
- BACA: BMW MOTORRAD MULA PRODUKSI SKUTER ELEKTRIK CE-04. RM49,000 SEUNIT
- BACA: BMW MOTORRAD MALAYSIA LANCAR R NINET 2021. TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM82,500







