Buletin

TOYOTA JERMAN JUAL GR YARIS WRC – TERHAD 300 UNIT SAHAJA, HARGA BERMULA RM216K

Toyota Jerman meraikan pencapaian luar biasa Gazoo Racing dengan melancarkan GR Yaris edisi khas dan terhad 300 unit sahaja.

Seperti yang dilaporkan oleh autoevolution, Toyota di Jerman menjual GR Yaris WRC dengan mewajibkan bakal pembeli mengemukakan permohonan dalam talian sehingga 4 Disember.

Pembeli terpilih akan mempunyai 14 hari untuk menyelesaikan pesanan mereka, dengan penghantaran bermula pada musim panas 2024.

Kesemua 300 kereta akan menerima pakej High Performance, termasuk LSD Torse dan diserlahkan dengan rim aluminium 18-inci, angkup brek merah jenama GR serta menerima pilihan dua warna; merah atau putih.

Dari segi kuasa, jentera berkenaan dikuasakan oleh enjin 1,600cc, menghamburkan kuasa 257hp dengan daya pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat.

Eksklusif di Jerman, GR Yaris WRC diberi tanda harga bermula €42,490 atau sekitar RM216,333.

Google ads
Back to top button