Buletin

TOYOTA LANCAR COMMUTER/HIACE DI THAILAND – HARGA BERMULA RM132,800

Toyota Motor Thailand semalam melancarkan van penunmpang Commuter serba baharu dan dua varian Hiace.

Sudah memasuki generasi keenam, Commuter kini tampil dengan rekaan baru pada bahagian luar dan dalam.

Van itu hadir dengan konfigurasi 15 tempat duduk, sistem keselamatan lebih baik serta enjin diesel B20 yang turut dipasang pada trak pikap Hilux Revo.

Enjin empat selinder bersesaran 2.8 liter itu mampu menjana kuasa sehingga 163hp dan tork 420Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik atau manual.

Generasi sebelum ini menggunakan enjin 3.0 liter berkuasa 136hp dan tork 300Nm dengan padanan kotak gear lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik.

Van itu ditawarkan pada harga 1.3 juta baht (RM173,000) bagi varian auto dan 1.269 juta baht (RM169,000) untuk manual. Ia menyaksikan kenaikan sekitar 42,000-48,000 baht (RM5,600 hingga RM6,400) berbanding model terdahulu.

Sementara model Hiace GL dengan bumbung lebih rendah berkapasiti 12 tempat duduk berharga 1.079 juta baht (RM143,500).

Hiace untuk kargo pula dijual pada harga bermula 999,000 baht (RM132,800). Kedua-dua varian ini hanya didatangkan dengan kotak gear manual.

Dari segi keselamatan, Hiace dilengkapi tiga beg udara, ABS, Bake Assist, Vehicle Stability Control, Traction Control, Hill Assist Control dan banyak lagi.

Google ads
Back to top button