Buletin

UNIT TERAKHIR NISMO 400R NAK JUAL PADA HARGA RM9.1 JUTA

Jentera rare NISMO 400R yang dibangunkan berdasarkan R33 Nissan Skyline GT-R terhad kepada 40 unit sahaja.

Lebih menarik, unit terakhir jentera NISMO 400R disenaraikan pada harga AS$2.2 juta (RM9.1 juta) oleh HJA Group.

Justeru, sesiapa yang berminat boleh lah melabur mendapatkan jentera berkuasa penuh sejarah terbabit.

Difahamkan, hanya 19 daripada 40 unit jentera berkuasa tinggi itu masih wujud sehingga hari ini.

NISMO 400R mendapat khidmat enjin RB 2.8 liter dengan kod nama RB-X GT2 yang dibangunkan REINIK.

Ia mampu menjana kuasa mencecah sehingga 400 hp.

Jentera berkenaan mendapat sentuhan warna biru (Deep Marine Blue) yang merupakan model terakhir GT-R V-Spec menjadikannya ia lebih rare untuk dimiliki para peminat automotif.

NISMO 400R merupakan jentera yang sangat pantas dan penting dari segi sejarah kerana ia menetapkan standard untuk masa hadapan bagi GT-R. – carscoops

Google ads
Back to top button