
HYUNDAI AUSTRALIA TERIMA 180 UNIT i30 N DRIVE-N EDISI TERHAD. HARGA BERMULA RM156K
Hyundai Australia mengesahkan akan menerima 180 unit i30 N Drive-N Edisi Terhad. Pengeluar kereta Korea Selatan itu hanya membina 800 unit model tersebut dengan 620 unit lagi tersedia untuk pasaran global.
Model itu boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black Pearl dan Serenity White Pearl.
Ciri-ciri istimewa yang ada pada edisi terhad ini ialah rim aloi 19 inci eksklusif dengan kemasan gangsa, lencana Hyundai berwarna hitam, pelekat pada bahagian depan, sisi dan belakang, serta lencana Drive-N pada bahagian fender.

Di ruang kabin pula, upholsteri kulit yang terdapat pada model i30 N standard digantikan dengan balutan Alcantara bersama jahitan merah pada stereng, tuil gear, perehat tangan dan brek tangan.
Padanan aksen merah pada tali pinggang keledar, butang N pada stereng dan tempat duduk serta plak edisi khas dengan nombor siri pengeluaran menambahkan lagi penggayaannya.
i30 N Drive-N kekal dengan ciri-ciri seperti bar belakang, sunroof, pemanas stereng, skrin sentuh 10.25 inci, pengecas tanpa wayar dan sistem keselamatan aktif Hyundai Smart Sense.
Hyundai Australia akan menawarkan i30 N Drive-N Edisi Terhad dalam varian manual enam kelajuan dan automatik lapan kelajuan klac berkembar.
Untuk versi manual enam kelajuan, ia ditawarkan pada harga AS$33,308 (RM156,047), sementara lapan kelajuan DCT pula berharga AS$35,186 (RM165,000).
GALERI:











- BACA: HYUNDAI STARIA 10 TEMPAT DUDUK KINI DI MALAYSIA. 3 VARIAN, 2.2L DIESEL, BERMULA RM180K
- BACA: HYUNDAI ELANTRA N DITAHAN POLIS CALIFORNIA KERANA BUNYI EKZOS STANDARD TERLALU BISING – STANDARD PUN SALAH KE CIKGU?
- BACA: HYUNDAI IONIQ 6 LAKU KERAS, TERIMA 37 RIBU TEMPAHAN DALAM 24 JAM
- BACA: HYUNDAI SANTA CRUZ 2023 MUNCUL DENGAN PAKEJ NEW NIGHT








