Motosikal

VIETNAM CATAT JUALAN MOTOSIKAL 3.4 JUTA UNIT SEPANJANG TAHUN 2018

Vietnam yang terkenal sebagai salah sebuah syurga motosikal di dunia mencatat jualan mencecah 3.4 juta unit pada tahun 2018.

Angka itu sekali gus memecahkan rekod 3.3 juta yang dicatat pada tahun 2011, jelas Persatuan Pengeluar Motosikal Vietnam (VAMM) baru-baru ini. Motosikal tersebut dijual oleh lima ahli VAMM yang terdiri daripada Honda, Yamaha, Suzuki, Piaggio dan SYM.

Pasaran Vietnam kini ditawarkan dengan 80 model motosikal. Ini termasuklah 24 model daripada Honda, 19 (SYM), 13 model Suzuki, Yamaha (12 model) dan Piaggio (12 model).  

Sejak kebelakangan ini, rakyat Vietnam di kawasan bandar lebih gemarkan skuter. Manakala permintaan terhadap motosikal kekal tinggi daripada pengguna yang tinggal di kawasan pedalaman.

Secara purta, lebih 282 juta unit motosikal dijual sebulan dengan hampir 9,300 unit terjual setiap hari di Vietnam. Harus tahu, statistik itu tidak termasuk jualan jenama motosikal yang tidak menjadi ahli VAMM.

Tahun lalu menyaksikan pasaran domestik dimasuki oleh beberapa jenama baharu seperti Ducati, Kawasaki, BMW, KTM, Benelli, Peugeot, Harley-Davidson dan syarikat Vietam, Vinfast. 

Menurut Jabatan Kastam, Vietnam dilapor membelanjakan AS$647 juta (RM2.6 bilion) untuk mengimport motosikal, alat ganti dan komponen pada tahun 2018. Naik 45.2 peratus berbanding 2017.

Biarpun bandar Hanoi akan mengharamkan penggunaan motosikal mulai tahun 2030, pasaran motosikal dilihat kekal stabil.

Pengerusi VAMM, Yano Takeshi menyatakan pasaran motosikal Vietnam kini sudah memasuki fasa tepu. Justeru, pengguna mula beralih kepada skuter yang mewakili 45 peratus perkongsian pasaran dan jumlah itu dijangka terus meningkat.   

Google ads
Back to top button