Modifikasi

PERODUA KANCIL L512

Masa mula-mula main kereta dulu, semua modifikasi Kancil dibuat secara terus atau plug and play. Kerat fender dengan muka L5 pun belum mula lagi. Ini kisah benar tahun 1999.

SONY DSC

Pada waktu itu juga bermulanya pencarian badan asal Mira tahun 1993/1994 yang dijual sama mahal dengan sebuah Kancil baru. Masa ini juga pihak Jabatan Alam Sekitar sangat gembira apabila melihat Kancil warna oren terang, hijau pucuk paku lalu di sekatan jalan, lambai-lambai ke tepi sambil sengih bagi surat inspection.

SONY DSC

Masa berlalu, zaman semakin moden dan golongan yang dahulunya setakat masuk fender depan L5 kini sudah berani potong housing dan pasang lampu belakang. Tailgate belakang L512 sudah jadi trend. Apa yang peliknya, Jabatan Alam Sekitar tidak setegas dahulu. Maksud saya, ada yang masih lepas apabila lalu pakai kopiah dan cermin mata bersaiz kanta pembesar. Ni juga masa orang main potong badan jadikan empat kepada dua pintu.

SONY DSC

Zaman itu juga pemburu badan Daihatsu melangkah 100 tapak ke depan dengan mencari body Daihatsu dua pintu pula. Berapa susah nak dapatkan body dua pintu ini? Sangat susah. Sehinggakan ada yang sanggup bayar harga sebuah Honda Jazz untuk sebuah Mira dua pintu yang sudah siap bikin atau separuh bikin.

Kalau anda main Wira, Corolla atau Civic, memang sangka benda ni karut. Tetapi cara berfikir budak-budak K-Car memang di luar kotak pemikiran manusia normal. Sebagai contoh, dianggarkan harga antena twinblade original 5 tahun lagi boleh beli sebuah  Yamaha Lagenda. Ini perkara biasa.

SONY DSC

Ini satu contoh Daihatsu Mira dua pintu. Pemiliknya popular dengan panggilan Pojie Kitty. Seperti yang dapat dilihat, tidak perlu saya nak terangkan terlalu terperinci.

Pojie telah banyak habiskan duit semata-mata nak naikkan imej L512 pada kereta ini. Sayang kalau ada Mira original dua pintu tapi bubuh skirting Evo III. Sebagai langkah lebih rasional bodypart kereta ini dipenuhkan dengan produk L512 lengkap dengan splitter, skup dan side mirror krom. Bila dah lengkap, kereta ditembak dengan warna diamond green.

SONY DSC

Rim untuk Kancil ini kena pandai pilih kerana ia sudah melalui pelbagai zaman. Tak kisahlah forged atau cast iron, yang penting design kena selalu tukar. Sekali-sekala bila guna rim krom Work ini nampak unik juga. Rim ni dipadankan dengan tayar Falken bersaiz 165/50 di semua sudut. Brek pula dinaik taraf kepada L5.

Perodua-Kancil-512-mekanika (9)

Bahagian dalaman disalin sepenuhnya dengan perkakasan L5 seperti papan pemuka, jam, karpet, tempat duduk, kulit pintu dan bumbung. Tempat duduk yang boring (warna  batik biru) itu dibalut dengan PVC hijau, sama dengan warna badan. Selain itu, tempat duduk pemandu diganti dengan kerusi bucket penuh Bride supaya nampak racing.

SONY DSC

Enjin yang digunakan tidaklah rare sangat. Enjin JB-JL L5 adalah antara generasi terakhir keluarga Mira 660cc turbo Twincam. Enjin tak banyak diusik selain daripada injap blow-off HKS SSQV, plug NGK dan klac Exedy.

SONY DSC

Apa yang agak rare ialah sistem pacuannya yang disalin dengan gandar belakang,  sekali gus menjadikan kereta ini pacuan empat roda. Memang cun lah dia punya traction.
[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCPerodua-Kancil-512-mekanika (7)Perodua-Kancil-512-mekanika (8)Perodua-Kancil-512-mekanika (10)Perodua-Kancil-512-mekanika (11)SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button