Pandu Uji

WAKU DOKI COROLLA ALTIS

UMW Toyota Motor meneruskan momentum pertumbuhan untuk tahun 2014 dengan pengenalan model sedan segmen C, Toyota Corolla Altis pada Isnin lalu.

700_3705

Selepas menerima maklum balas yang amat positif untuk model Vios dengan tempahan melebihi 20,000 unit sehingga kini, UMW Toyota Motor berharap Corolla Altis turut merasai tempias impak tersebut.

Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan memberangsangkan itu sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan hala tuju pembangunan produk baharu Toyota yang dikenali sebagai Waku Doki.

700_3822

Diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Co., Akio Toyoda, Waku Doki membawa makna perasaan yang memompa adrenalin ketika melakukan perkara yang disukai. Dalam kes ini ialah perasaan teruja ketika memandu kenderaan Toyota.

Toyota nampaknya mulai faham bahawa kenderaan yang boleh dipercayai dan kekukuhan jenama sahaja tidak memadai. Pemandu sekarang inginkan lebih daripada itu. Mereka mahu memandu sebuah kereta yang menarik dari segi visualnya, di samping mampu menawarkan kualiti pemanduan yang jitu.

700_4061

Falsafah itu dapat dilihat dengan jelas pada Vios dan Altis. Penampilan kedua-dua model itu seakan-akan memberi isyarat bahawa Toyota sudah sedia untuk kembali menawarkan produk yang menarik dan memiliki kualiti pemanduan dinamik.

Altis generasi ke-11 nyata lari daripada imej bosan yang ada pada model sebelumnya. Rekaan luarannya kelihatan jauh lebih sporty, hasil aplikasi konsep ‘Modern Prestige’. Jentera itu juga menampakkan banyak garis-garis tajam pada bahagian hadapan, sisi dan belakang. Sekali gus berjaya memberikan penampilan yang agresif.

SONY DSC

Perubahan tidak berlaku pada luaran sahaja. Ruang kabin Altis yang dipandu uji (varian 2.0V) nampak moden. Hilang sudah kemasan kayu pada panel pintu dan papan pemuka. Sebaliknya ia ditukar dengan kemasa berwarna hitam berkilat.

Papan pemuka juga direka agar lebih kontemporari. Rekaan yang kemas dan bersih itu membolehkan butang-butang kawalan diletak di lokasi yang ergonomik dan mudah dicapai.

700_3962

Perubahan paling ketara yang ada pada Altis baharu adalah ketika mula memegang sterengnya dari Semenyih menuju ke Subang. Gabungan laluan kampung yang  berselekoh dan peluang memecut di lebuh raya menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan Altis.

Pengendalian sedan itu sudah banyak berubah. Jika generasi sebelum ini berasa agak longgar, pemanduan Altis kini lebih mantap dan meyakinkan. Paduan di antara enjin empat silinder sebaris, 16 injap DOHC dengan Dual VVT-i dan kotak gear CVT tujuh kelajuan kelajuan itu mampu menawarkan pemanduan yang lancar dan mengujakan. Lebih menarik lagi, semua itu tidak pula membakar bahan api secara berlebihan.

SONY DSC

Memandu sedikit laju ketika memasuki dan keluar dari selekoh tidak terlalu menggetarkan jiwa. Sebaliknya, Altis berusaha untuk memberikan kepuasan tanpa mengira apa jua corak pemanduan anda.

Bagi varian paling tinggi, Altis 2.0V dilengkapi sistem keselamatan yang tidak ada pada varian 2.0G dan 1.8E seperti Traction Control (TRC) dan Vehicle Stability Control (VSC). Selain sistem brek ABS dengan EBD dan BA yang menjadi ciri standard untuk ketiga-tiga varian.

700_4056

Tempoh dan jarak pandu uji itu bagaimanapun tidaklah jauh. Tetapi sudah cukup untuk memberi gambaran mengenai produk generasi baharu daripada Toyota. Selamat kembali, inilah kereta Toyota yang kita mahu!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button