Artikel Pilihan

KALLE ROVANPERÄ – INILAH DIA JUARA WRC TERMUDA YANG PATUT ANDA KENALI

Tahun ini sememangnya rezeki buat pemandu muda dari Finland, Kalle Rovanpera untuk meletup dan menjadi dalam kancah World Rally Championship (WRC) apabila berjaya muncul sebagai juara WRC termuda dalam sejarah. Jom kita kenali siapakah gerangan anak muda ini sebenarnya.

  • Kalle Rovanpera ini dilahirkan pada tanggal 1 Oktober 2000 di Jyväskylä, Finland dan baharu sahaja menyambut ulang tahun ke 22.
  • Seawal usia 8 tahun Kalle Rovanpera telah mula memandu kereta rali di permukaan salji sambil membuat aksi drive. Menariknya, aksi beliau turut dirakamkan dan telah viral di media sosial beberapa ketika kemudian.
  • Tahukah bahawa undang undang di Finland melarang pemandu untuk berlumba rali di bawah usia 18 tahun, maka disebabkan itu Kalle Rovanpera terpaksa berlumba di Latvia seawal usia 12 tahun untuk menyertai perlumbaan rally sprint.
  • Kalle Rovanpera berjaya muncul juara Latvian Junior Championship pada tahun 2015 dan meneruskan aksi cemerlang pada tahun 2016 & 2017.
  • Sebelum muncul juara WRC termuda, Kalle Rovanpera terlebih dahulu muncul sebagai pemenang perlumbaan WRC termuda pada tahun 2021 apabila memenangi perlumbaan di Rally Estonia.
  • Darah rali sebenarnya memang telah mengalir dalam tubuh anak muda ini, apabila ayah beliau Harri “Rovis” Rovanperä turut bergelar pemandu rali dan pernah memandu untuk pasukan handalan seperti Seat, Peugout, Mitsubishi dan juga Skoda.
  • Kalle Rovanpera berjaya mengambil lesen sehari selepas hari jadi ke 17 tahun, dengan ihsan kerajaan Finland yang membenarkan beliau mengambil lesen. Tiga minggu kemudian, beliau berlumba Rally GB dengan memandu jentera Ford Fiesta R5 dan ketika perlumbaan terakhir di Australia beliau berjaya memenangi perlumbaan bagi kategori WRC2 dan muncul sebagai pemenang termuda.
  • Pada tahun 2018, Kalle Rovanpera telah menyertai pasukan Skoda Motorsport untuk memandu jentera Skoda Fabia R5/Rally2 dan setahun kemudian telah muncul juara WRC-2 Pro dengan pasukan yang sama. Satu pencapaian yang cukup memberangsangkan buat seorang pelumba muda.
  • Kejayaan tersebut telah membolehkan beliau dilamar oleh pasukan Toyota Gazoo Racing untuk menyertai perlumbaan kelas premier WRC dan seterusnya beliau tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

BACA : WRC 2020 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA WRC 2020 BUAT KALI KE TUJUH

BACA : ALKISAH OTT TANAK – JUARA BAHARU WRC 2019

Google ads

B K

Back to top button