Motosikal

YAMAHA MT-125

Selepas mendapat sambutan memberangsangkan terutama di pasaran Eropah untuk model MT-07 dan MT-09, Yamaha kini memperkenalkan pula MT-125. 

Yamaha-MT125-mekanika  (13)

Diinspirasikan oleh tema Dark Side of Japan, model-model MT ini memang menampilkan gaya yang garang dan karismatik.

Sekali pandang, MT-125 memang memiliki semua DNA sebuah MT. Misalnya, lampu hadapan menegak dan garis badan yang tajam dan bahagian belakang tirus. Dibina di atas platform YZF-R125, MT-125 menampilkan chasis sebuah model naked.

Yamaha-MT125-mekanika  (5)

Gaya street fighter yang digabungkan dengan teknologi supersport nyata membuatkan  MT-125 berada dalam kelas tersendiri. Sama seperti model MT yang lebih besar, jentera ini menawarkan posisi tunggan yang secara relatifnya agak menegak. Sekali gus menjadikannya lebih sesuai untuk ditunggang setiap hari.

Yamaha-MT125-mekanika  (10)

Karekter unik MT-125 terletak pada bahagian hadapannya. Ia terdiri daripada lampu utama dengan butiran LED yang diletakkan pada posisi menegak dan rendah. Imej agresif itu diserlahkan lagi menerusi corong pengambilan udara pada bahagian sisinya.

Yamaha-MT125-mekanika  (8)

Penampilan sebagai sebuah street fighter disempurnakan dengan rekaan tangki minyak, tempat duduk, perehat kaki dan ekor belakang yang pendek. Sementara reka bentuk instrumentasi LCD pula diinspirasikan daripada telefon pintar. Antara maklumat yang dipaparkan ialah rpm grafik, meter kelajuan dan banyak lagi.

Yamaha-MT125-mekanika  (17)

MT-125 dikuasakan oleh unit enjin silinder tunggal bersesaran 125cc. Enjin empat lejang SOHC empat injap dengan sistem penyejukan cecair itu kemudian dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan dibalut oleh kerangka Deltabox.

Yamaha-MT125-mekanika  (13)

Tugas pengendalian yang meyakinkan diserahkan kepada fork hadapan terbalik bersaiz  41mm. Manakala roda belakang menggunakan suspensi jenis monoshock.

Yamaha-MT125-mekanika  (6)

Untuk pasaran Eropah, MT-125 yang didatangkan dalam warna merah, kelabu dan biru itu bakal dilancarkan pada Jun dengan penghantaran pertama dijadual sebulan kemudian.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button