
Hong Leong Yamaha telah melancarkan YZF-R15 ke pasaran tempatan pada penghujung Julai lalu. Ia merupakan sportbike terkecil di benua ini yang menerima respon positif daripada peminat jentera dua roda tempatan.
Selepas lebih dua bulan dilancarkan, barulah kelibat YZF-Y15 menerjah masuk ke pusat jualan motosikal di seluruh negara. Kami dimaklumkan, motosikal ini mula diedarkan pada minggu lepas di premis yang mendapat penarafan “super dealer” terlebih dahulu.
Kebanyakan pengedar utama ini terletak di sekitar Lembah Klang. Kemudian, motosikal ini dijangka diterima oleh pengedar kelas A dan kelas B pada minggu ini sehingga ke hujung bulan.
BACA: YAMAHA R15 DILANCARKAN. RM11,988
Seperti biasa, ia terhad kepada beberapa pilihan warna bergantung kepada pengedar mana yang anda lawati. Pemeriksaan di beberapa kedai motosikal popular mendapati setiap pengedar cuma menerima satu warna sahaja dan kebanyakannya mendapat warna biru.
Untuk rekod, R15 ditawarkan dalam pilihan warna Biru, Kuning dan Hitam.
Kami juga memeriksa harga jualan di kedai-kedai sekitar ibu negara, di lokasi seperti Jalan Klang Lama, Shah Alam dan Jalan Ipoh. Seperti yang dijangka, pihak KPDNKK masih lagi tidur lena dan mungkin tak tahu bahawa harga motosikal di Malaysia sentiasa dimanipulasi.
Harga terendah yang kami perolehi ialah RM13,130.00 untuk bayaran tunai, di atas jalan siap dengan perlindungan insuran pihak pertama (1st party).
Semakan di beberapa premis lain juga menemui harga yang berbeza. Harga jualan yang disyorkan oleh Hong Leong Yamaha ialah RM11,988.00.
Ada kedai yang meletakkan harga setinggi RM15,000 untuk motosikal dengan stok tersedia (ready stcok)
Mahal kan?
Apa boleh buat. kita sebagai pengguna memang kena redha sehinggalah KPDNKK bangkit dari lena yang panjang.
ANGGARAN MASA MENUNGGU
Kebanyakan kedai juga tidak mempunyai stok motosikal ini. Tempoh menunggu adalah sekitar satu hingga dua bulan kerana kami dimaklumkan mereka menerima stok dalam jumlah yang kecil.
Berbeza mengikut kedai, ada yang menerima cuma empat unit R15 sebulan.
Dengan bilangan menunggu yang semakin bertambah, jumlah penghantaran motosikal kepada pembeli dijangka boleh meningkat sehingga tiga hingga lima bulan.
GALERI