Motosikal

HARLEY-DAVIDSON OF PENANG DILANCARKAN SECARA RASMI – PELABURAN CECAH RM6 JUTA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pengeluar motosikal berpengaruh dari Amerika Syarikat, Harley-Davidson hari melancarkan wakil pengedar rasmi mereka di Pulau Pinang.

Dikenali sebagai Harley-Davidson of Penang, pusat 3S itu dibina dengan pelaburan sebanyak RM6 juta.

Memiliki keluasan mencecah 6,000 kaki persegi, kemudahan ini menempatkan ruang pameran, jualan barangan eksklusif, alat ganti dan servis di bawah satu bumbung.

Ini merupakan pengedar sah Harley-Davidson yang ketiga di Malaysia selepas Petaling Jaya dan Melaka. Harley-Davidson of Penang dikendalikan oleh GB Motorcycles Sdn. Bhd dengan kerjasama Goh Brothers Group dan Kheoh Hock Seng.

“Kami ada menawarkan model CKD yang dihasilkan di kilang Harley-Davidson di Thailand seperti Sportster dan Softail pada harga bermula RM62,600 seunit. Kami harap dengan harga yang cukup kompetitif ini, lebih ramai peminat dapat memiliki sebuah Harley-Davidson,” kata Kheoh Hock Seng.

Sempena majlis pelancaran ini, dua unit Tri Glide Ultra berharga RM291,2000 turut diserahkan kepada pembelinya.

“Wakil pengedar rasmi adalah sangat penting kerana mereka merupakan teras untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik kepada semua pemilik motosikal Harley-Davidson,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Harley-Davidson, Johan Kleinstuber.

Sila kunjungi Harley-Davidson of Penang di alamat 1679-G1, Jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai Pulau Pinang untuk melihat secara dekat jentera Harley-Davidson terbaharu yang ditawarkan.

Tags
Google ads
Back to top button
Close